Warga emas maut dalam kebakaran rumah di Bukit Gambir 


  • 112
  • Ahad, 27 Ogos 2023

Seramai 16 anggota dikerahkan bersama dua buah kereta bomba. — Facebook/KomunitiJohor

SEORANG lelaki warga emas berusia 81 tahun maut selepas rumah didiaminya di Kampung Sungai Pilah, Bukit Gambir, Tangkak, Johor terbakar pada pagi Ahad.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Rafiah Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.16 pagi.

“Seramai 16 anggota dikerahkan bersama dua buah jentera bomba.

“Sebaik tiba, rumah itu sudah 80 peratus musnah akibat kebakaran dan kami berjaya memadamkannya pada pukul 6.54 pagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Rafiah, mangsa yang dipercayai tinggal berseorangan itu disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan.

Tambahnya, punca kebakaran masih sedang dalam sisatan.

Tambahnya, pemeriksaan di rumah itu mendapat ditemui adalah merupakan seorang lelaki warga emas.

“Lelaki itu disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan,” katanya sambil menambah punca kebakaran masih disiasat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tangkak Deputi Superintenden Idris Abdul Rahman mengesahkan pihak polis telah menerima laporan berhubung kes itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram