[VIDEO] Enam kilang perabot terbakar di Sungai Buloh


  • Tular
  • Ahad, 20 Ogos 2023

Tangkap layar video orang awam memaparkan kebakaran di sebuah kilang berdekatan Jalan Welfare, Kampung Baru Sungai Buloh, Sungai Buloh, Selangor pada Ahad.

ENAM kilang pembuatan peralatan perabot terbakar berdekatan Jalan Welfare, Kampung Baru Sungai Buloh, Sungai Buloh, Selangor pada Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.48 petang dan tiba di lokasi kejadian 12 minit kemudian.

Beliau berkata, ketika ini bomba sedang menjalankan kerja pemadaman api yang sedang marak di kilang berkenaan.

"Setakat ini kebakaran itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Wan Md Razali, anggota yang terlibat dalam operasi tersebut adalah dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Selayang dan BBP Damansara. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram