KETUA kumpulan Wagner, Yevgeny Prigozhin dan komandan kanan beliau, Dmitry Utkin berada di dalam sebuah jet yang terhempas di Rusia tanpa ada mangsa yang selamat.
Agensi kerajaan Rusia yang bertanggungjawab ke atas penerbangan awam, Rosaviatsiya sebelum ini hanya berkata, Prigozhin disenaraikan dalam senarai penumpang jet malang itu.
Tetapi pada Rabu malam, agensi tersebut memberikan nama semua tujuh penumpang dan tiga orang anak kapal yang dikatakan berada dalam jet Embraer tersebut ketika ia terhempas berdekatan Moscow beberapa jam sebelumnya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ketua kumpulan Wagner, Yevgeny Prigozhin. — Agensi
Namun begitu, Rosaviatsiya mahupun mana-mana pegawai Rusia yang lain masih belum mengesahkan bahawa Prigozhin telah terbunuh.
Saluran Telegram Grey Zone, yang berkaitan dengan Wagner menyatakan Prigozhin telah meninggal dunia.
Rosaviatsiya berkata, jet malang itu dalam perjalanan dari Moscow ke St Petersburg dan terbang "mengikut permit penerbangan yang dikeluarkan mengikut urutan yang betul".
Agensi itu berkata, siasatan sedang dijalankan untuk mengenalpasti punca nahas.
Agensi Berita TASS Russia melaporkan tiada kematian dilaporkan di lapangan.
BREAKING: Private jet carrying Russian mercenary chief Yevgeny Prigozhin has crashed with 10 people on board.
No survivors.
Prigozhin was a media favorite back in June when he led led a failed rebellion against Putin.
“Wagner-linked Telegram channel Grey Zone reported the... pic.twitter.com/YuFcUlXGek
— Collin Rugg (@CollinRugg) August 23, 2023
Prigozhin sebelum ini, menjadi perhatian ketika serangan Russia di Ukraine yang dilancarkan pada 24 Februari 2022 dengan dia menerajui usaha menawan beberapa bandar Ukraine, termasuk Bakhmut.
Pada masa sama, dia yang lantang mengkritik kepimpinan tentera konvensional Russia turut pernah membuat cubaan rampasan kuasa terhadap pasukan tentera negara itu pada Jun lalu. — Bernama/dpa
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram