[VIDEO] Kapal tentera laut milik Rusia jahanam kena serang dron Ukraine


  • Benua
  • Jumaat, 04 Ogos 2023

Sebuah kapal tentera laut milik Rusia mengalami kerosakkan teruk akibat serangan dron Ukraine awal pagi Jumaat. — Agensi

SEBUAH kapal tentera laut milik Rusia mengalami kerosakan teruk akibat serangan dron Ukraine pada awal pagi Jumaat.

Melalui satu video yang dimuat naik di Twitter @Osinttechnical memaparkan Kapal Tentera Laut Rusia Olenegorsky Gornyak diserang ketika berada dekat Pelabuhan Laut Hitam Rusia Novorossiysk.

Difahamkan, pelabuhan tersebut terletak kira-kira 420 batu nautika dari pantai yang dikuasai Ukraine.

Melalui laporan tidak rasmi daripada Ukraine, Tentera Laut Ukraine dan Security Service of Ukraine (SBU) mengesahkan kapal Olenegorskiy Gornyak tersebut mengalami banyak kerosakan ekoran daripada serangan itu.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Rusia mengesahkan kejadian tersebut tetapi menepis dakwaan kerosakan itu berpunca daripada serangan dron Ukraine.

Tambahnya lagi, kapal tentera laut itu juga tidak mengalami kerosakan teruk.

SBU bertanggungjawab ke atas serangan dron berskala besar ke atas kapal Armada Laut Hitam Tentera Laut Rusia di pelabuhan Sevastopol, di Crimea yang diduduki Rusia, Oktober lalu.

Terdapat juga percubaan berulang untuk menyerang pelabuhan utama yang sama serta serangan individu yang dibuat ke atas kapal Rusia Armada Laut Hitam yang beroperasi jauh di luar pesisir pantai.

Ukraine juga menggunakan kapal permukaan tanpa pemandunya dalam percubaan awal untuk menyerang Novorossiysk, seperti yang berjaya dilakukan pada Jumaat.

Baru-baru ini, SBU juga dilaporkan bertanggungjawab atas serangan ke atas Jambatan Kerch yang menghubungkan Crimea dengan tanah besar Rusia.

Secara keseluruhannya, serangan SBU semakin banyak berlaku pada jarak yang lebih jauh dari pantai yang dikawal oleh Ukraine. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram