[VIDEO] Hantar dron letupkan bangunan, 2 blok pejabat musnah, seorang cedera


  • Benua
  • Ahad, 30 Jul 2023

Tangkap layar video memaparkan letupan berlaku di sebuah bangunan di Moscow, Rusia selepas dron memasuki premis tersebut pada awal pagi Ahad.

ORANG awam yang berada di sekitar bangunan pejabat di Moscow, Rusia berdepan detik cemas apabila menyaksikan satu letupan di sebuah bangunan pejabat selepas dron memasuki premis tersebut pada awal pagi Ahad.

Kejadian tersebut dirakam oleh pejalan kaki di lokasi kejadian yang memaparkan beberapa dron disyaki milik tentera Ukraine memasuki premis tersebut dan seterusnya meletup kira-kira pukul 4.15 pagi waktu tempatan.

Insiden berkenaan turut merosakkan dua blok pejabat dalam bangunan tersebut, manakala seorang orang awam cedera dalam serangan tersebut

Sementara itu memetik laporan Bernama, dua dron ditembak jatuh awal Ahad di Moscow, menurut pihak berkuasa tempatan dan perkhidmatan kecemasan.

"Dron Ukraine menyerang malam ini," menurut Datuk Bandar Moscow Sergey Sobyanin dalam hantarannya di Telegram.

Bahagian hadapan dua bangunan pejabat rosak sedikit, namun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan, lapor Agensi Berita dpa.

Menurut TASS, lapangan terbang Vnukovo di Moscow ditutup dan penerbangan dilencongkan.

Operasi di lapangan terbang lain di wilayah itu berjalan seperti biasa.

Moscow menjadi sasaran beberapa serangan dron susulan pencerobohannya ke atas negara jiran Ukraine yang dilancarkan pada Februari 2022.

Ibu negara Rusia itu juga berulang kali menyasarkan Ukraine dengan dron, peluru berpandu dan peluru berpandu cruise, menyebabkan kematian dan kerosakan besar di Kiev dan bandar-bandar lain. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram