GGCC jadi pilihan buka Pusat Pemasangan Titleist pertama Malaysia


  • Bizz
  • Rabu, 23 Ogos 2023

PENGURUS Besar Acushnet Asia Tenggara, Rick Brown (dua dari kanan) ketika majlis perasmian pusat Pemasangan Titleist di GGCC, baru-baru ini.

KHABAR gembira buat disajikan buat pemain golf tidak kira sama ada berstatus amatur atau proesional apabila syarikat Acushnet membuka Pusat Pemasangan Titleist pertama di Malasyia, bertempat di padang latihan ‘driving range’ Glenmarie Golf & Country Club (GGCC).

Dengan kewujudkan pusat pemasangan tercanggih itu, pastinya pemain golf dapat meningkatkan tahap permainan mereka dengan mendapatkan khidmat pemasangan peralatan serta nasihat yang disediakan oleh syarikat tersebut.

“Pusat Pemasangan Titleist di seluruh dunia berdedikasi untuk mencari peralatan optimum pemain golf yang paling sesuai dengan tahap permainan mereka.

“Setiap tahun di Singapura dan Thailand kami menawarkan khidmat kepada beribu-ribu pemain golf di Pusat Pemasangan kami. Kami teruja untuk membawa perkhidmatan ini ke Malaysia pula.

“Pasukan kami berharap dapat melibatkan diri dengan lebih ramai pemain golf dari seluruh Malaysia dan membantu mereka meningkatkan prestasi,” kata Pengurus Besar Acushnet Asia Tenggara, Rick Brown.

Pusat Pemasangan Titleist di GGCC menyediakan perkhidmatan pemasangan yang akan dikendalikan oleh pakar pemasangan yang profesional yang dilengkapi alatan paling canggih untuk membantu pemain golf yang serius.

Untuk maklumat lanjut berhubung Pusat Pemasangan Titleist, peminat sukan golf boleh menghubungi GGCC di talian +603 7803 9090, e-mel [email protected] atau layari www.glenmarie.com.my. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram