PASUKAN Selangor FC melakar sejarah baharu apabila menjadi pasukan bola sepak kedua di dunia selepas Paris Saint-Germain FC (PSG) yang mempunyai pasukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) sendiri.
Sebelum ini kelab terkemuka Perancis, PSG, pernah berkolaborasi dengan pasukan MLBB Indonesia iaitu RRQ.
Namun di dalam negara, Selangor menjadi kelab bola sepak pertama mempunyai pasukan MLBB sendiri yang akan bersaing di dalam Mobile Legends Profesional League (MPL).
‘Yoodo Red Giants’ adalah nama bagi skuad MLBB Selangor yang akan berentap tidak lama lagi di MPL Malaysia awal Februari 2023.
‘Yoodo Red Giants’ adalah nama bagi skuad MLBB Selangor yang akan berentap di MPL Malaysia. — Facebook/Selangor FC
Ketua eSukan Selangor FC, Simon Lim berkata, sebelum ini Yoodo Red Giants dikenali sebagai El Loco Xtreme dan beliau turut memperkenalkan barisan pemain yang akan berentap di MPL.
"Nama penuh ELX adalah El Loco Xtreme dan ditubuhkan oleh 3 rakan kongsi bertujuan untuk mencungkil bakat bakat baru di MLBB.
"ELX sebelum ini bertanding di kejohanan-kejohan dan liga semi pro dan disebabkan kejayaan di beberapa pertandingan sebelum ini, ELX berjaya mendapat slot untuk MPL melalui pusingan kelayakan MPL.
"Yoodo Red Giants akan dibarisi oleh Eshaa Ohana, Sekys, Zakqt, Syf, Gojes dan Kaizer Kim," katanya pada Majoriti.
Simon turut mendedahkan penyebab utama ELX tertarik untuk berkolaborasi bersama Selangor FC dan berharap Yoodo Red Giants mampu menduduki tempat empat terbaik di dalam MPL.
"Tujuan ELX berkolaborasi dengan Selangor adalah kerana hendak menerapkan elemen profesional atlet selain daripada latihan harian biasa team eSukan seperti Physical training, Sports Nutritionist dan Mental coach.
"Hanya Selangor FC yang sedia ada mempunyai fasiliti dan tenaga pakar untuk ini," ujarnya.
ELX berkolaborasi dengan Selangor adalah kerana hendak menerapkan elemen profesional atlet. — Facebook/Selangor FC
Ditanya mengenai persiapan dan cabaran yang bakal dihadapi Yoodo Red Giants, Simon berkata, mereka sudah mula berlatih sejak Disember 2022 .
"Pasukan ini telah membuat persiapan dengan latihan intensiti sejak Disember 2022.
"Cabaran utama pasukan ini adalah kekuatan mental pemain.
"Ini kerana majoriti pemain yang akan bersaing, kurang berpengalaman untuk bertanding di pentas besar seperti MPL," jelasnya.
Yoodo Red Giants akan dibarisi oleh Eshaa Ohana, Sekys, Zakqt, Syf, Gojes dan Kaizer Kim. — Facebook/Selangor FC
Skuad ini tahun lepas berjaya melayakkan diri ke MPL Malaysia (MY) musim ini dan pernah menjadi juara untuk beberapa kejohanan besar seperti ESportsMY Championship, Malaysia Semi Pro League, Hari Sukan Belia Negara, GMX Cup, Nescafe SMG Cup, Piala Ketua Menteri Melaka dan Iskandar Puteri Tournament.
MPL MY adalah Mobile Legends Professional League, ia adalah liga profesional yang mana hanya 10 pasukan sahaja yang layak untuk bertanding di MPL MY.
Setiap musim, dua pasukan terbawah akan terkeluar daripada MPL dan akan ada pertandingan kelayakan untuk pasukan di Malaysia untuk berebut dua slot ke MPL. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram