Antara berita menarik dan bancuhan kopi dengan Majoriti 7 dan Starbucks


  • Bizz
  • Rabu, 09 Nov 2022

Dari kiri: Alex Yeow bersama Datuk Sydney Quays ketika menandatangani MoU di Starbucks Kiara Bay DT.

SEBUT sahaja kopi, jenama Starbucks menjadi pilihan popular dalam kalangan warga kota.

Masakan tidak, jenama dari Amerika Syarikat (AS) itu merupakan rangkaian kopi terbesar di dunia yang menawarkan variasi minuman lazat.

Namun begitu, pada hari ini, tidak lengkap sekiranya menikmati secawan kopi tanpa ditemani akhbar gaya hidup Majoriti 7 di sisi.

Menampilkan cerita gaya hidup dan aktiviti warga kota, akhbar mingguan itu diterbitkan pada setiap Khamis.

Menariknya, setiap pelanggan yang berkunjung ke Starbucks bukan sahaja berpeluang menikmati kopi yang ditawarkan, malah mereka juga akan diberikan senaskhah akhbar Majoriti 7 di cawangan terpilih di sekitar Lembah Klang.

Ketua Produk Majoriti 7, Chung Eng Lee berkata, selain segmen menarik, Majoriti 7 menawarkan jenama platform baharu yang menghubungkan secara langsung dengan pembaca sasaran mereka.

"Apabila Majoriti 7 memutuskan cara terbaik untuk menghubungkan jenama premium kepada pelanggan premium, kami tahu bahawa kami perlu bekerjasama dengan rakan kongsi yang berkongsi impian dan hala tuju yang sama," katanya.

Menyebut tentang jenama kopi yang terlintas di fikiran, Eng Lee berterima kasih kepada penekanan yang diberi Starbucks dalam melibatkan pelanggan mereka, selain memberi pengalaman sebaik mungkin.

"Starbucks terkenal di seluruh dunia kerana dedikasinya terhadap kraf menghasilkan bancuhan kopi berkualiti tinggi, manakala Majoriti 7 komited untuk menyampaikan gabungan kuat itu menerusi perspektif dan ciri gaya hidup dengan rakan kongsi dan pelanggan.

"Kami berharap dapat menambah nilai bagi jenama kami, dengan menjadi platform untuk mereka mempamerkan kelebihan tersendiri kepada pelanggan Starbucks dan pelanggan rakan kongsi kami," katanya pada sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Star Media Group, Alex Yeow dan CEO Berjaya Food Group dan Starbucks Malaysia, Datuk Sydney Quays.

file7nizxz5ea8y11a8jtlub

Pasukan Majoriti 7, Starbucks Malaysia dan UEM Sunrise bersama GCEO Star Media Group, Alex Yeow (tengah), CEO Berjaya Food Group dan Starbucks Malaysia, Datuk Sydney Quays; dan CEO UEM Sunrise Berhad, Sufian Abdullah bergambar selepas menandatangani MoU.

Majlis yang berlangsung di Starbucks Kiara Bay DT, di ibu negara pada Selasa turut dihadiri CEO UEM Sunrise Berhad, Sufian Abdullah.

Tambah Eng Lee, edisi sulung akhbar Majoriti 7 berjaya menarik minat beberapa pemasar berjenama yang menghargai kedudukan unik dan sasaran pembaca Melayu urban yang ditawarkan.

Dalam pada itu, Quays memberitahu, Starbucks terus konsisten dalam melayani pelanggan dan proaktif menyediakan kepelbagaian perkhidmatan lain di sana.

"Bagi kebanyakan orang, tiada apa yang menggembirakan berbanding memesan secawan kopi Starbucks kegemaran sambil duduk di dalam keselesaan kedai kami serta membaca berita terkini dalam hal ehwal semasa.

"Oleh itu, kami amat berbesar hati untuk menawarkan pelanggan kami tentang keselesaan dengan kehadiran Majoriti 7 di kedai kami. Dengan kolaborasi ini, pelanggan dapat menikmati sajian sambil membaca akhbar Majoriti 7," kata Quays.

Dengan slogan 'Adrenaline Metropolitan', Majoriti 7 menjadi refleksi kepada nadi kehidupan kota menerusi laporan serta komentar mengenai isu-isu terkini. Ia juga merupakan suara baharu komuniti Melayu yang moden dan progresif.

Majoriti 7 juga boleh didapati di restoran De.Wan 1958 dan cawangan 7-Eleven serta kedai Mesra Petronas terpilih di sekitar Lembah Klang pada harga RM8 senaskah.

Syarikat yang berminat boleh berhubung dengan pasukan Majoriti 7 di sini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram