[VIDEO] Pemandu bas terperanjat, penumpang tertinggal alat mainan ‘dewasa’ jenama Adam di Kota Bharu


  • Tular
  • Rabu, 16 Ogos 2023

Tangkap layar sebuah beg berisi pakaian peribadi perempuan yang dijumpai pemandu bas di Kota Bharu.

SEORANG pemandu bas ekspres berkongsi pengalamannya apabila terpaksa mengemas barangan peninggalan penumpangnya setiap kali selepas selesai memandu.

Namun, situasi kali ini sedikit berbeza apabila individu terbabit terpaksa menggeledah sebuah beg berisi pakaian peribadi yang dijumpai berada di kerusi penumpang.

Beberapa helaian pakaian dalam wanita kelihatan penuh dalam beg sandang tersebut dan lebih mengejutkan, sebuah kotak berisi mainan lucah turut ditemukan oleh pemandu berkenaan.

Kotak berjenama 'Adam' itu memiliki sejenis alat permainan dewasa yang nyata mengundang rasa tidak selesa individu terbabit.

Barangan tersebut dipercayai milik penumpang wanita di Kota Bharu, Kelantan memandangkan lokasi hala tuju bas tersebut dikatakan berada di negeri terbabit.

Menggesa agar si pemilik tampil memungut semula beg itu, si pemandu meminta agar pihak berkenaan menghubunginya segera sekiranya masih memerlukan barangan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, seorang lagi pemandu bas turut berkongsi pengalaman sama apabila pernah terjumpa barangan seperti itu.

"Perkara biasa bagi pemandu bas, mesti akan ada penumpang yang tertinggal barang dan bila buka tengok ada mainan pelik-pelik.

"Kita nak buka pun serba salah tapi kena juga periksa nak tahu kalau ada nama pemilik, kerja pemandu bas ini memang ada cabarannya juga," kata Yunus Roslan.

Namun, sehingga kini masih belum ada sebarang maklumat lanjut mengenai perkara itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram