[VIDEO] Kaki 'skodeng' terkencing dalam seluar masa kena cekup


  • Tular
  • Khamis, 20 Okt 2022

Tangkap layar seorang lelaki ditahan penduduk setempat kerana dipercayai mengendap wanita di dalam sebuah rumah.

TINGGAL di kawasan kejiranan membuatkan penghuni sentiasa peka dengan persekitaran terutamanya buat golongan wanita.

Tindakan itu antara usaha bagi mencegah daripada menjadi mangsa rakaman lelaki hidung belang yang kemudiannya menggunakan video itu sebagai medium melempiaskan nafsu.

Begitulah yang berlaku kepada seorang lelaki yang menjadikan mengendap atau skodeng sebagai aktiviti kegemarannya.

Menerusi satu rakaman video yang tular sejak Rabu, seorang lelaki yang dikenali sebagai Khairul berjaya diberkas oleh penduduk setempat dalam satu kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2 pagi.

Kejadian yang berlaku di Pulau Pinang itu di dimuat naik oleh pemilik akaun @kiedacrepe di TikTok.

Berdasarkan rakaman tersebut, suspek didakwa kerap melakukan mengendap penghuni sebuah kediaman.

Rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki dipercayai cuba untuk membuka tingkap sebuah rumah.

Bahagian tingkap rumah juga didakwa sering diumpil dengan menggunakan pisau.

Suspek turut dikatakan terkencing di dalam seluar kerana terlalu takut ketika ditangkap oleh penduduk setempat.

Dalam rakaman berbeza, individu yang dipercayai lelaki sama itu dilihat berjalan di sekeliling sebuah rumah dengan tidak memakai selipar.

Perbuatannya suspek dipercayai enggan membuat bunyi bising. Bagaimanapun kehadirannya berjaya dikesan pemilik kediaman berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Rakaman itu juga memperlihatkan lelaki berkenaan memeriksa bahagian tingkap sekiranya tidak ditutup rapat sebelum berlalu pergi.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada suspek diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram