[VIDEO] Wanita Orang Asli di Gerik temui ajal akibat dipijak gajah


  • Massa
  • Isnin, 14 Ogos 2023

Penduduk menjumpai mayat mangsa dalam keadaan parah dengan mangsa dilaporkan meninggal dunia ketika sedang dalam perjalan ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan. — Facebook/ASYIKfm

SEORANG wanita Orang Asli di Kampung Bal, Pos Kemar dekat Gerik, Perak dilaporkan maut dipercayai selepas dipijak seekor gajah liar pada Ahad.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 4 petang dengan mangsa ditemui tepi jalan oleh penduduk.

"Menurut maklumat dari penduduk di sana, mangsa ialah seorang wanita berumur," ujar hantaran Facebook daripada ASYIKfm, iaitu stesen radio di bawah RTM yang menyiarkan berita mengenai Orang Asli.

Dalam pada itu, media melaporkan mangsa dijumpai penduduk dalam keadaan parah sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan menerima rawatan di klinik kesihatan berhampiran.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Gerik, Perak untuk proses bedah siasat.

Laporan sama turut memaklumkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram