Tragedi mandi-manda bersama kawan di Ulu Kinta, mayat remaja lemas ditemukan orang asli


  • 112
  • Ahad, 09 Jul 2023

JBPM Perak menjalankan tugas mencari dan menyelamat mangsa lemas di Kampung Orang Asli, Sungai Tanggang, Ulu Kinta, Ipoh, Perak pada Ahad. — JBPM

SEORANG remaja lelaki ditemukan lemas ketika bermandi-manda bersama tiga rakannya di Kampung Orang Asli, Sungai Tanggang, Ulu Kinta, Ipoh, Perak pada Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 5 petang.

"Pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan tugas mencari dan menyelamat.

Petugas mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian. — JBPM

"Bagaimanapun mangsa, K. Santosh, 18, yang dipercayai lemas berjaya dijumpai oleh penduduk orang asli dari kampung berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada 7 malam," katanya. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram