[VIDEO] Kereta rentung tertusuk besi, mangsa cari pemandu lori punca kemalangan di Lanchang


  • Tular
  • Ahad, 30 Jul 2023

Tangkap layar video memaparkan sebuah kereta terbakar selepas radiatornya tertusuk sebatang besi dipercayai jatuh daripada sebuah lori berdekatan surau di Kampung Paya Siput, Lanchang, Sarawak pada Jumaat.

MALANG tidak berbau apabila sebuah kereta terbakar selepas radiatornya tertusuk sebatang besi dipercayai jatuh daripada sebuah lori berdekatan surau di Kampung Paya Siput, Batu 11, Lanchang, Pahang pada Jumaat.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi satu hantaran di Facebook Fara Nadila yang dipercayai pemilik kereta berkenaan.

Menurutnya, insiden terbabit turut mengakibatkan kamera papan pemuka (dashcam) dalam keretanya hangus dalam kebakaran pada kira-kira pukul 10.50 pagi.

"Saya mencari (pemandu) lori yang bertanggungjawab. Kebakaran kereta saya berpunca daripada besi yang jatuh dari lori arah bertentangan dan telah tertusuk ke radiator kereta saya.

"Andai ada kereta yang melalui di jalan yang saya nyatakan pada waktu yang tertera, mohon PM (hubungi) saya," katanya dalam hantaran berkenaan pada Ahad.

Setakat berita ini ditulis, tiada sebarang laporan daripada pihak polis berkenaan insiden terbabit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram