
PENDUDUK di Kampung Sundang Laut, Jalan Batu Sapi, Sandakan, Sabah merayu agar pihak yang berkaitan segera menyelesaikan masalah jambatan uzur di kawasan tersebut.
Lebih mengecewakan lagi, menerusi hantaran di Facebook ISU Sandakan, mereka memaklumkan bahawa aduan sudah pun dibuat sejak Januari 2023.
Bagaimanapun, masih tiada tindakan susulan yang diambil sehingga ke hari ini (Ogos).
"Walaupun gambar yang diterima (ialah) gambar lapan bulan lalu namun situasinya tetap sama uzur dan semakin uzur," katanya pada Isnin.
Keadaan menjadi lebih parah apabila penduduk mengadu ramai orang kampung terutamanya golongan warga emas dan kanak-kanak yang sudah menjadi mangsa hingga terjatuh di bawah jambatan tersebut.
Ramai penduduk kampung yang menjadi mangsa hingga terjatuh di bawah jambatan tersebut. — Facebook/ISU Sandakan
Akibatnya, penduduk terpaksa lalu di atas tanah kerana jambatan memang tidak boleh digunakan.
"Ini juga bagi mengelakkan daripada nasib malang yang boleh mengakibatkan kecederaan.
"ISU Sandakan bercadang untuk ke lokasi tersebut dalam masa terdekat untuk mendapatkan gambaran lebih jelas lagi.
"Harap pihak berwajib dan juga pihak yang diberi amanah agar mengambil maklum dan membuat tindakan sepatutnya," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram