Dua beradik termasuk gadis mati lemas dekat kolam 'berhantu' di Sandakan


  • 112
  • Khamis, 03 Ogos 2023

Dua beradik dilaporkan mati lemas dalam satu kejadian yang berlaku di Kampung Batu Putih, Jalan Sungai Kayu, Sandakan, Sabah. — Gambar hiasan

DUA beradik dilaporkan mati lemas ketika mandi di sebuah kolam terbiar dekat Kampung Batu Putih, Jalan Sungai Kayu, Sandakan, Sabah pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisoner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, dalam kejadian yang berlaku pada pukul 11 ​​pagi itu, mangsa Amira Rolan, 19, dan Muhamad Awira, 10, sedang mandi di sebuah kolam terbiar dekat Kampung Bambu Batu 7 bersama empat lagi keluarganya.

"Ketika berenang di kolam terbiar tersebut, kedua-dua mangsa dilaporkan lemas," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis

Beliau berkata, kedua-duanya berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung yang memberi bantuan dan dibawa ke hospital menggunakan ambulans.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent di Sandakan pada pukul 12.40 tengah hari, katanya.

Siasatan masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dengan jenazah mangsa juga difahamkan telah diserahkan kepada keluarga mereka untuk dikebumikan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram