
JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) negeri Sabah digesa untuk menaik taraf kemudahan ke tahap yang lebih canggih dan sistematik bagi menampung permintaan penduduk Sandakan yang semakin bertambah.
Rata-rata penduduk di daerah itu menyuarakan kekecewaan mereka terhadap kualiti perkhidmatan jabatan negeri berkenaan yang dilihat masih lemah dan tidak menunjukkan sebarang peningkatan dalam tempoh beberapa tahun sebelum ini.
Menerusi hantaran di Facebook Isu Sandakan, mereka memaklumkan, JPN Sandakan dibanjiri orang ramai yang terpaksa beratur berjam-jam untuk berurusan di kaunter pada Selasa.
Ujarnya, meskipun zaman sudah moden, sistem yang diaplikasikan oleh jabatan itu masih di takuk lama.
"Isu Sandakan di lokasi selepas aduan demi aduan, kita berada di era 2023 yang mana dunia berkejar-kejar meletak sistem dan maklumat di hujung jari.
"Tapi kita membelakangi sistem, kita tidak mahu berubah, sangat selesa ditakuk yang lama. Pelanggan datang dari segenap penjuru bumi Sandakan untuk berbaris panjang berjam-jam kadang hingga seharian," katanya pada Selasa.
JPN Daerah Sandakan dibanjiri penduduk yang ingin berurusan di kaunter jabatan negeri berkenaan. — Facebook/Isu Sandakan
Hantaran itu mendapat reaksi warga maya yang turut terkesan dengan perkhidmatan daripada JPN daerah berkenaan.
Antaranya, Din Lee yang mencadangkan agar kerajaan negeri membina satu pejabat khas JPN untuk Sandakan dan daerah sekeliling bagi menampung keperluan penduduk.
"Semakin ramai sudah penduduk di Sandakan, sikit masa lagi jadi bandar raya, tapi cara berurusan di pejabat masih macam waktu jumlah penduduk dulu-dulu, jadi memang over limit sudah.
"Boleh mohon kerajaan negeri bina satu wisma atau pejabat khas JPN untuk Sandakan dan daerah sekeliling yang berurusan di Sandakan," katanya.
Kebanyakan penduduk mendakwa sistem yang digunakan JPN di Sandakan masih berada di takuk lama. — Facebook/Isu Sandakan
"Jabatan lain sudah ada perubahan dan peningkatan, JPN begitu saja sejak dari era 90-an tiada perubahan. Paling aku tidak suka berurusan dengan jabatan ini. Mahu minta cop saja pun berjam-jam lamanya," ujar Adam Anoh.
"Ketua JPN Daerah Sandakan buatlah sesuatu untuk perkhidmatan yang cemerlang, pantas dan cekap. Tambahkan pekerja agar kami tidak menunggu lama. Selalu tengok anak buah kerja, kalau ada kelemahan cepatlah diperbaiki, jangan goyang kaki minum kopi saja," luah Jiwaku Perkasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram