SEORANG remaja lelaki dilaporkan maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah ambulans di Kilometer (40) Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Kelantan pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa dari arah Gua Musang dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan ambulans yang datang dari arah bertentangan.
"Akibat pertembungan itu, mangsa maut di tempat kejadian, manakala pemandu ambulans cedera di kaki dan dikejarkan ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Sebuah kereta jenis Myvi dan ambulans terlibat dalam satu kemalangan di Gua Musang, Kelantan pada Jumaat.
Pemandu kereta berwarna kuning itu dilaporkan maut sementara pemandu ambulans dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Kredit: Media sosial pic.twitter.com/FVs5Zf32Jb
— Majoriti (@majoritionline) August 12, 2023
Dalam kejadian pukul 6.15 petang, Muhammad Afnan Afiq Sukran, 19, maut di tempat kejadian, manakala penumpang hadapan kereta dan pemandu ambulans mengalami cedera ringan.
Tiga penumpang ambulans masing-masing dua jururawat serta seorang pesakit tidak cedera.
Tambah Choon Foo, mayat pemandu berkenaan sudah dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
