Selain Addly Elly, 4 lagi tragedi penyokong meninggal dunia ketika aksi perlawanan Liga Malaysia


  • Podium
  • Jumaat, 11 Ogos 2023

Tangkap layar daripada video ketika penyokong Sabah FC diusung untuk diberikan rawatan. Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu.

PASUKAN gergasi, Johor Darul Takzim (JDT) meneruskan rentak kemenangan tanpa kalah sepanjang 19 perlawanan Liga Super 2023, selepas menewaskan Sabah FC dengan jaringan 5-1, pada perlawanan berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah pada Rabu.

Namun, disebalik kemenangan diraikan penyokong skuad Harimau Selatan itu terselit satu khabar duka membabitkan penyokong The Rhinos yang meninggal dunia ketika menyaksikan perlawanan tersebut.

Seorang penyokong fanatik The Rhinos yang hadir untuk menyaksikan aksi Liga Super antara Sabah FC dan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Likas dilaporkan meninggal dunia selepas pengsan ketika meraikan gol pembukaan tuan rumah.

Penyokong terbabit, Addly Elly Mily, 39, yang merupakan kakitangan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sabah Dan Wilayah Persekutuan Labuan dilaporkan sudah menghembuskan nafas terakhirnya ketika sedang dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu.

Addly Elly Mily dilaporkan pengsan pada pukul 8.27 malam sejurus selepas pasukan Sabah FC menjaringkan gol pertama menerusi Jafri Chew pada perlawanan itu. -Facebook Sabah FC

Addly Elly Mily dilaporkan pengsan pada pukul 8.27 malam sejurus selepas pasukan Sabah FC menjaringkan gol pertama menerusi Jafri Chew pada perlawanan itu. — Facebook Sabah FC

Berdasarkan laporan doktor Hospital Queen Elizabeth 1, mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 9.30 malam dan punca kematian tidak diketahui (brought in death/undertermined).

Sementara itu, Sabah FC menerusi satu kenyataan di media sosial rasmi kelab turut menyampaikan rasa simpati mereka ke atas pemergian individu berkenaan.

"Allahyarham meninggal dunia dalam perjalanan menuju ke hospital selepas tidak sedarkan diri semasa menyaksikan perlawanan Sabah FC vs JDT di Stadium Likas semalam (Rabu).

"Sabah FC turut berdukacita, bersimpati dan sekali lagi memanjangkan ucapan Takziah kepada keluarga Allahyarham," tulis pentadbir laman Facebook berkenaan.

Namun tragedi yang menimpa Addly bukanlah kali pertama berlaku dalam sejarah bola sepak yang melibatkan penyokong. Sehubungan itu, Majoriti menyenaraikan beberapa penyokong yang meninggal selepas melihat aksi perlawanan bola sepak.

1. Penyokong JDT meninggal dunia selepas sembilan hari koma

Rosnizam meninggal dunia

Rosdhi Rosiman meninggal dunia selepas koma selama sembilan hari di Hospital Sultanah Aminah akibat kegagalan buah pinggang.

Penyokong JDT, Rosdhi Rosiman, 29, dikatakan terjatuh semasa membuka bendera yang dipasang tidak jauh dari tempat duduk belakang penonton sebaik sahaja tamat perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara Johor Darul Takzim dan Pahang pada 25 Mei 2013.

Kejadian pada pukul 10.45 malam itu dipercayai berlaku ketika pemuda terbabit berdiri berhampiran pagar setinggi paras pinggang dan terjatuh akibat tertolak oleh penyokong lain yang bersesak-sesak keluar pada waktu berkenaan.

Rosdhi meninggal dunia selepas koma selama sembilan hari di Hospital Sultanah Aminah akibat kegagalan buah pinggang.

2. Penyokong Selangor mati mengejut ekoran daripada sakit jantung

selpla.transformed

Perlawanan separuh akhir pasukan The Red Giants melawan Pahang di Stadium Shah Alam pada 6 Disember 2015 menyaksikan seorang penyokong meninggal di stadium. — Agensi

Keterujaan seorang penyokong pasukan Selangor untuk menonton perlawanan separuh akhir pasukan The Red Giants melawan Pahang di Stadium Shah Alam pada 6 Disember 2015, bertukar duka apabila dia mengalami serangan jantung.

Zainal Maudin, 60, yang datang dari Hulu Selangor untuk menyaksikan pasukan Selangor menentang lawan di gelanggang sendiri, disahkan mati mengejut ketika berada di pekarangan stadium, kira-kira pukul 9 malam.

Difahamkan, mangsa meninggal dunia meninggal dunia kerana mengalami masalah jantung.

3. Penyokong Pahang rebah di stadium sebelum disahkan meninggal dunia di hospital

 tiba-tiba rebah sebelum tidak sedarkan diri ketika perlawanan Piala FA antara Pahang menentang Kedah,

Azmi tiba-tiba rebah sebelum tidak sedarkan diri ketika perlawanan Piala FA antara Pahang menentang Kedah. — Facebook

Penyokong Pahang, Azmi Mat, 63, meninggal dunia ketika menyaksikan perlawanan pusingan ketiga Piala FA di antara Pahang dengan Kedah di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang pada 18 March 2018.

Pada waktu kejadian, Azmi tiba-tiba rebah ketika menyaksikan perlawanan yang berkesudahan Pahang menewaskan Kedah 1-0.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan diberikan rawatan serta pemeriksaan sebelum disahkan meninggal dunia pada 11.08 oleh pegawai perubatan.

4. Dua penyokong bola sepak Perak maut dalam nahas tiga motosikal

WhatsApp Image 2023-08-10 at 19.54.34

Kedua-dua penyokong fanatik Perak itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua penyokong bola sepak Perak maut dalam nahas tiga motosikal selepas kedua-dua mangsa dalam perjalanan pulang ke Chemor dan Bercham selepas menyaksikan perlawanan antara Perak dengan JDT di Stadium Perak pada awal April lalu.

Dalam kemalangan sekitar pukul 1 pagi itu, kakitangan swasta, Muhammad Faiz Bazli Abdul Hamid, 25, dan pelajar, Izzwan Syamel Denial Ismail, 18, terlibat dalam satu kemalangan yang membabitkan nahas tiga motosikal berhampiran susur keluar Lebuhraya Utara Selatan arah utara (Bercham-Jelapang), Perak.

Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram