[VIDEO] ‘Cakap elok-elok’, insiden ‘panas’ anggota bomba dan sukarelawan, hampir bergaduh di Alor Setar


  • Tular
  • Sabtu, 12 Ogos 2023

Tangkap layar video insiden tersebut yang dipercayai berlaku di Alor Setar, Kedah.

TULAR satu video memaparkan situasi tegang yang berlaku membabitkan anggota bomba dan sekumpulan sukarelawan baru-baru ini.

Klip berdurasi dua minit lima saat yang tular sejak Jumaat menerusi perkongsian dibuat oleh pengguna Facebook, Asmawi Mokhtar itu dipercayai berlaku di Alor Setar, Kedah.

Berdasarkan video terbabit, seorang anggota bomba dilihat sedang meminta penjelasan daripada seorang wakil kumpulan sukarelawan bomba berkenaan, dipercayai berkaitan masalah ditimbulkan mereka ketika operasi.

Bagaimanapun, situasi kemudiannya menjadi bertambah tegang apabila kumpulan tersebut didapati seakan-akan membantah mengenai isu yang dibangkitkan itu.

Keadaan tersebut menyebabkan anggota bomba terbabit meninggikan suara terhadap kumpulan sukarelawan berkenaan.

"Kalau you cakap elok-elok tidak apa, benda suruh buat kerja buatlah. Jangan cakap banyak, kita pun penat buat kerja tau, you jangan main-main cakap macam tu," ujar salah seorang anggota bomba menerusi perbualan yang dikongsikan dalam klip tersebut.

Difahamkan, antara perkara ditimbulkan kumpulan sukarelawan berkenaan dalam perbualan tersebut adalah mengenai tindakan anggota terbabit yang bertindak memarahi mereka.

Bagaimanapun, anggota bomba berkenaan mempertahankan perbuatan tersebut dan menyatakan pasukan tersebut perlu tegas ketika menjalankan operasi.

Berdasarkan video berkenaan, situasi tegang itu juga hampir melibatkan tersebut juga dilihat hampir mencetuskan kekasaran fizikal antara kedua-dua pihak, namun ia sempat ditenangkan.

Belum ada kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung insiden itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram