TULAR satu video memaparkan sekumpulan lelaki mencetuskan kemarahan penduduk setempat dipercayai kerana menembak beberapa ekor monyet liar.
Kejadian itu dipercayai berlaku di kawasan perumahan di Sunway Batu Caves, Selangor.
Menerusi video yang dimuat naik di Twitter @PenaarasyS_Lulu pada Rabu, kedengaran suara mendakwa bahawa lelaki berkenaan merupakan wakil daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
"Bang dia daripada Perhilitan, jangan gaduh dengan dia," katanya.
Video tersebut juga menunjukkan seorang lelaki memasukkan beberapa ekor monyet yang mati dipercayai ditembak ke dalam kereta pacuan empat roda.
Difahamkan penduduk berkenaan merakam kejadian itu untuk diberikan kepada pihak berkuasa sebagai bahan bukti.
Video tular itu difahamkan dirakam sebagai bahan bukti untuk diberikan kepada pihak berkuasa.
Pengguna akaun Twitter berkenaan mendakwa, kejadian menembak monyet tanpa rasa belas kasihan sebenarnya telah beberapa kali terjadi di kawasan itu.
Sedangkan katanya, monyet-monyet di situ tidak pernah mengganggu penduduk sekitar.
"Monyet tidak pernah menyerang manusia di sini. Mereka hanya datang untuk mendapatkan makanan.
"Selamatkan mereka. Mereka layak untuk hidup," ciapnya.
Setakat berita ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak Perhilitan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram