Kon Yeow menang besar di Padang Kota, pertahankan kerusi untuk penggal keempat


  • Politik
  • Sabtu, 12 Ogos 2023

Kemenangan itu membuka peluang Kon Yeow untuk terus kekal sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

KETUA Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow meneruskan legasinya di DUN Padang Kota apabila menewaskan pencabarnya, H'Ng Khoong Leng yang mewakili Perikatan Nasional.

Kon Yeow yang bertanding di bawah tiket gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) meraih 8,261 undi sementara lawannya itu hanya mengumpul 1,145 undi.

Kutipan itu menyaksikannya menang dengan majoriti 7,116 dengan sebanyak 62.02 peratus daripada 15,165 pengundi berdaftar hadir ke pusat masing-masing.

Keputusan tersebut menyaksikan ketua menteri itu mempertahankan kerusi tersebut untuk penggal keempat selepas pertama kali menang pada 2004.

Kon Yeow sebelum ini dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang pada 2018 selepas Lim Guan Eng dilantik sebagai Menteri Kewangan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram