Kerajaan Perpaduan kekal memerintah Negeri Sembilan


  • Politik
  • Sabtu, 12 Ogos 2023

Kerajaan Perpaduan meneruskan penguasaan di Negeri Sembilan selepas Pakatan PH-BN)selepas menguasai beberapa DUN pada PRN kali ini.

KERAJAAN Perpaduan meneruskan penguasaan di Negeri Sembilan selepas gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) menguasai sebahagian besar kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Hal ini kerana daripada kesemua 36 kerusi yang dipertandingkan, kerjasama parti itu secara tidak rasmi menang dengan majoriti mudah memenangi 31 kerusi yang dipertandingkan di DUN tersebut sekali gus meneruskan penguasaan mereka dalam kerajaan negeri.

Pakatan PH-BN secara tidak rasmi berjaya mengekalkan penguasaan mereka ke atas Pertang, Palong, Senaling, Chennah, Rahang, Nilai, Lukut, Rantau, Lobak, Temiang, Bukit Kepayang, Mambau, Sikamat, Repah, Klawang, Bahau, dan Seremban Jaya.

Anatara kawasan lain yang berjaya dimenangi oleh Pakatan PH-BN ialah Sg Lui, Gemencheh, Chembong, Linggi, Kota, Jeram Padang dan Johol.

Sementara itu, mengikut keputusan tidak rasmi, Perikatan Nasional memenangi kerusi Gemas, Bagan Pinang dan Paroi.

PRN ini membabitkan 36 kerusi DUN di Kedah, Kelantan (45), Terengganu (32), Pulau Pinang (40), Selangor (56) serta 36 DUN di Negeri Sembilan.

Sebelum ini, jika melihat kepada Pilihan Raya Umum ke 14 pada 2018, menyaksikan tiada kerusi dimenangi mana-mana parti komponen PN dengan PH menduduki 26 kerusi sementara BN menguasai 10 kerusi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram