PROSES pengundian di satu saluran peti undi di sebuah pusat mengundi dekat Paya Terubong, George Town, Pulau Pinang terpaksa dihentikan selepas kotak undi itu didapati tidak ditutup.
Sebanyak 177 kertas undi dilapor sudah dimasukkan ke dalam peti tersebut sebelum calon Perikatan Nasional (PN), Ooi Ghee Oon mengenal pasti isu tersebut yang berlaku di pusat mengundi dekat Sekolah Kebangsaan Seri Relau.
Menurut laporan Sin Chew Daily, Ghee Oon mengisytiharkan dia tidak akan mengiktiraf mana-mana undi dibuang dalam kotak itu sebagai undi sah dan meminta Suruhanjaya Pilihan Raya menangguhkan pengundian bagi saluran itu, yang mempunyai 719 pengundi.
Difahamkan, penutup peti undi itu ditinggalkan di atas meja bersebelahan kotak tersebut.
Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya sedang menyiasat dan belum diketahui sama ada 177 kertas undi itu dibatalkan ataupun tidak.
Dalam pada itu, calon Pakatan Harapan Paya Terubong, Wong Hon Wai berkata, proses pengundian disambung semula pukul 1.26 petang. — The Star/ARNOLD LOH
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram