[VIDEO] Wan Ahmad Fayhsal dakwa PH buat 'kerja kotor' klon kertas undi


  • Politik
  • Sabtu, 12 Ogos 2023

Tangkap layar rakaman video tersebut. — Twitter/wanahmadfayhsal

PILIHAN Raya Negeri (PRN) pada Sabtu berjalan lancar di kebanyakan tempat pengundian membabitkan enam negeri yang terlibat dalam urusan demokrasi.

Bagaimanapun, terdapat beberapa insiden kekecohan yang berlaku di sesetengah tempat termasuk di Permatang Pauh, Pulau Pinang dengan timbul dakwaan kononnya berlaku pengklonan kertas undi.

Dakwaan itu dikongsikan oleh Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal pada Sabtu.

WhatsApp Image 2023-08-12 at 14.26.46

Tangkap layar hantaran di Twitter. — Twitter/wanahmadfayhsal

Melalui ciapan di Twitter @wanfayhsal, Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang, pihak lawan mengedarkan cetakan kertas seakan-akan kertas undi untuk diedarkan kepada orang ramai pada hari pengundian.

Dakwanya, bahawa terdapat kertas undi klon yang dibuat oleh pihak Pakatan Harapan (PH) di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya, DUN Seberang Jaya, Pulau Pinang.

"Ini adalah salah dari sisi undang-undang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya dalam ciapan tersebut.

Dalam video yang dikongsikan oleh Wan Ahmad Fayhsal, memaparkan beberapa individu yang dilihat memakai tag SPR sedang mengerumuni sebuah khemah dengan meja di situ dipenuhi dengan kertas undi.

Bagaimanapun, situasi dalam rakaman video tersebut agak samar untuk menjelaskan dakwaan Wan Ahmad Fayhsal.

Pada PRN 2023, seramai 9,674,456 pengundi layak mengundi di PRN enam negeri tersebut dan PRK Parlimen Kuala Terengganu pula seramai 122,160 pengundi.

Bagi PRN di enam negeri itu, katanya, sebanyak 3,190 pusat mengundi dan 17,048 tempat mengundi (saluran) akan dibuka untuk tujuan pengundian dan seramai 153,760 petugas akan terlibat bagi proses pengundian itu.

PRN ini membabitkan 36 kerusi DUN di Kedah, Kelantan (45), Terengganu (32), Pulau Pinang (40), Selangor (56) serta 36 DUN di Negeri Sembilan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram