Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) akan mengisytiharkan cuti peristiwa di Selangor pada 14 Ogos, jika gabungan itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung pada Sabtu.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi hantaran di Facebooknya.
"Sekiranya Kerajaan Perpaduan menang pilihan raya di Selangor, kami setuju isytihar cuti pada 14 Ogos, Hari Isnin buat seluruh rakyat Negeri Selangor," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
MENYUSUL...