Shuib saman netizen bernama John Dihani, nafi bisnes terjejas angkara Freemason


  • Massa
  • Khamis, 10 Ogos 2023

Shuib (tengah) ketika sidang media yang diadakan di Cheras, Selangor pada Khamis.

PELAWAK dan penyampai radio, Shuib memfailkan saman fitnah terhadap seorang pemilik akaun media sosial, Md Johan Dihani Mohd Zaidi yang menggunakan nama akaun John Dihani.

Ia selepas individu terbabit memuat naik satu hantaran yang mengaitkan Shuib dengan pertubuhan Freemason pada 30 Jun lalu.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 39, berkata, langkah itu diambil bagi memberikan pengajaran kepada semua pihak agar tidak menggunakan media sosial sesuka hati untuk merosakkan reputasi mana-mana individu yang tidak bersalah.

Sebab benda ini jika dibiarkan akan meninggalkan kesan. Contoh untuk saya bila orang fitnah saya, dia akan bukan libatkan saya sahaja. Ia akan libatkan keluarga dan perniagaan saya juga,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan di Cheras, Selangor pada Khamis.

Dalam pada itu, Shuib berkata, beliau maklum berkenaan dengan proses perbicaraan di mahkamah yang kebiasaannya berlarutan untuk tempoh lama dan sudah pun bersedia dengan kemungkinan tersebut.

"Kali ini betul-betul saya boleh luangkan masa untuk dia. Saya rasa ada masa sebab mungkin dia yang minta macam ni," ujarnya.

Shuib menambah, beliau akan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak mahkamah untuk membuat penilaian menrntukan pihak yang bersalah dalam kes tersebut.

shubb

Shuib (tengah) dan Syed Afiq (kiri) ketika sidang media pada Khamis.

Pada masa sama, beliau menafikan bahawa fitnah tersebut menjadi punca kepada penutupan beberapa cawangan rangkaian kafe di bawah syarikat minumannya, Bubble Bee Sdn Bhd (Bubble Bee) meskipun mengakui ia sedikit memberi kesan terhadap imej perniagaannya itu.

"Ramai org cakap Bubble Bee kita dah tutup. Tapi sebenarnya kita sedang replanning balik. Ada outlet yang kita tutup dan kita akan bukak di tempat lain. Itu standard dalam bisnes.

"Tapi dia tidak ada kena mengena langsung dengan ini (fitnah)," ujarnya.

Sementara itu, peguam mewakili Shuib, Syed Afiq Syed Albakri berkata, pihaknya mengambil maklum berkenaan permohonan maaf terbuka yang dibuat oleh individu terbabit sebelum ini.

"Tapi apa yang menyebabkan kita teruskan tindakan ini adalah kerana terima surat daripada peguam caranya yang tidak bersetuju menafikan apa-apa liabiliti dan fitnah (dibuat anak guamnya)," ujarnya.

Menurut Syed Afiq, jumlah ganti rugi dalam tuntutan saman fitnah itu akan ditentukan pihak mahkamah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram