SELEPAS lapan tahun hidup dalam ketakutan, jurugambar, Acacia Diana akhirnya dapat menemui sedikit kelegaan.
Ia selepas lelaki yang didakwa menghendapnya sejak 2016 akhirnya bakal didakwa di mahkamah dibawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan yang baharu.
Sepanjang tempoh tersebut, lelaki itu dipercayai mencipta 30 akaun media sosial dan turut mengikutinya ke United Kingdom (UK), iaitu tempat Acacia meneruskan pengajiannya.
Suspek juga pernah ditangkap di London namun berjaya melarikan diri.
Pengalaman pahit itu memberikan kesan cukup mendalam kepada Acacia yang sehingga kini masih tidak berasa selamat.
Difahamkan, dia bakal mendapatkan perintah perlindungan sementara untuk memastikan lelaki tersebut tidak boleh lagi menganggu hidupnya.
"Akan sentiasa ada rasa takut bahawa seseorang sedang memerhatikan anda dan boleh mencari anda pada bila-bila masa," katanya.
“Saya hampir mencederakan diri sendiri kerana saya berasa putus asa.
“Saya tahu bahawa proses undang-undang akan mengambil masa yang lama, jadi saya secara mental bersedia untuk itu.
"Sokongan yang saya terima daripada ramai orang yang tidak dikenali memberi saya harapan untuk kekal kuat," kata Acacia yang kini berada di luar negara.
Lelaki terbabit mengekori Acacia sehingga ke UK. — Twitter
“Saya akan mendapatkan perintah perlindungan dan sebarang langkah yang perlu untuk memastikan dia tidak mendekati saya atau orang tersayang. Ia juga sebagai perlindungan apabila saya pulang ke Malaysia.
“Saya akan sentiasa berwaspada dan berhati-hati kerana kes ini. Apabila saya berkongsikan cerita saya, ia adalah jeritan terdesak untuk meminta pertolongan.
"Saya berada pada keadaan paling tertekan dalam hidup saya pada minggu tersebut kerana dia tidak berhenti mengganggu dengan teks lucah,” ujar Acacia.
Dalam satu siri ciapan di Twitter pada Julai lalu, Acacia mendedahkan mengenai pengalaman pahitnya yang bermula pada 2016 apabila dia mencipta blog untuk mendokumentasikan perjalanan aktivitinya.
Bermula daripada situ, dia menerima komen pelik daripada lelaki berkenaan.
Setahun kemudian, suspek juga mendekatinya di sebuah restoran dan memberitahu minatnya terhadap hasil kerjanya Acacia.
Jurugambar wanita itu mendakwa lelaki tersebut juga melawat rumahnya di Malaysia semasa dia sedang belajar di UK.
Kemudianya, dia juga mendapat tahu bahawa suspek telah mengikutinya ke sana dan turut mendaftar untuk mengikuti kelas sama yang Acacia ikuti.
Selain mesej yang menyatakan rasa cintanya, lelaki tersebut juga menghantar mesej lucah dan gambar alat sulitnya sambilan bahawa dirinya "memerlukan Acacia" dalam satu kenyataan yang ditulis dipercayai menggunakan darah.
Acacia berkata, kali terakhir lelaki itu cuba menghubunginya adalah pada 21 Julai lalu melalui ciapan di Twitter yang mengungkapkan cinta terhadap dirinya.
Story Time. The Stalking & Sexual Harassment case of 8 years.
1.I always wanted to share about wonderful things & stories from the world. Unfortunately today I have to share about something utterly disgusting. Even more unfortunate, it’s happening to me. pic.twitter.com/b3ZOx48qqZ
— Acacia Diana (@ShaFoShizzle) July 13, 2023
Kini selepas pengintipnya akhirnya bakal dibawa ke mahkamah untuk menghadapi pendakwaan di bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan yang baharu, Acacia berharap mangsa lain tidak lagi perlu menanggung penderitaan sama.
"Terdapat rasa lega bahawa ini akhirnya telah ditangani mengikut undang-undang. Saya berharap hasilnya akan menghalang pengintai lain yang melakukan perbuatan sama pada masa depan.
“Berikutan ciapan saya, ramai mangsa menghubungi saya dengan cerita yang sama.
“Saya akan pulang ke Malaysia, takut dan cemas, jadi hantaran yang dibuat itu saya adalah satu bentuk perlindungan sekiranya dia menemui saya di Kuala Lumpur dan dia melakukan sesuatu kepada saya.
"Kini, saya sedang berusaha melakukan yang terbaik untuk kekal sabar dan tenang semampu yang boleh,” katanya. — The Star/AUSTIN CAMOENS
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram