Ahli politik berprofil tinggi didakwa buat gangguan seks terhadap isteri orang


  • Tular
  • Khamis, 03 Ogos 2023

Seorang ahli politik didakwa melakukan serangan seks terhadap isteri orang di Jalan Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

SEORANG individu dipercayai ahli politik berprofil tinggi didakwa melakukan gangguan seksual terhadap isteri orang di Jalan Sri Hartamas, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mangsa yang mendakwa diganggu oleh ahli politik tersebut, difahamkan telah membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit pada 24 Julai lalu.

Merupakan isteri kepada salah seorang pekerja di pejabat politik, suspek dikatakan telah lama membuat tindakan sumbang terbabit sebelum si mangsa akhirnya melaporkan perkara itu ke pihak polis.

Berdasarkan komen di laman sosial, ramai netizen mendakwa bahawa individu terbabit pernah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Begitupun, ahli politik terbabit tidak terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan pada 12 Ogos.

Namun, sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan mahupun penjelasan dibuat oleh ahli politik terbabit berkaitan dakwaan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram