KECOH di laman media susulan satu rakaman tular memaparkan seorang wanita yang dipukul individu lelaki di Georgetown, Pulau Pinang baru-baru ini.
Polis mengesahkan laporan berhubung perkara itu hasil daripada laporan yang diterima seorang lelaki pada Ahad lalu yang mendakwa wanita dalam video itu adalah anak perempuannya.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, lelaki itu mendakwa anaknya keluar dari kawasan bandar berkenaan sejak Disember tahun lalu berikutan masalah keluarga.
Katanya, sejak itu mangsa yang berusia 24 tahun terbabit tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi keluarga.
"Sehingga kini, tidak dapat dipastikan kedudukan atau lokasi keberadaan mangsa.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Terdahulu, video berdurasi lima minit dan 31 minit memaparkan wanita berkenaan dipukul di kawasan tangga. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram