[VIDEO] Demi 'content', lelaki kemaruk nak rasa duduk dalam kubur akhirnya dapat balasan 'cash'


  • Benua
  • Jumaat, 02 Jun 2023

Tangkap layar video memaparkan dua vlogger dari India tersebut menari dalam kubur yang didiami.

ADAKALANYA demi kandungan video menarik dan ingin tular, manusia sanggup melakukan perkara-perkara aneh sehingga mencabar kuasa Tuhan.

Terbaharu, tular sebuah video pencipta kandungan dari India mencabar diri mereka untuk berada di dalam kubur yang sudah dilengkapi tilam dan barangan elektrik seperti kipas, kamera litar tertutup (CCTV), dan soket kuasa.

Selepas tanah kubur dikambus dan meninggalkan kedua-dua lelaki itu sendirian, mereka dilihat menari dengan riang seolah-olah berasa seronok di dalam liang lahad tersebut.

Namun, kegembiraan tersebut tidak bertahan lama kerana selepas sejam mereka ditinggalkan, kedua-dua lelaki tersebut berdepan detik cemas apabila air dari permukaan memasuki liang lahad berkenaan akibat hujan lebat berserta ribut melanda kawasan tersebut.

Video turut memaparkan orang ramai berusaha mengeluarkan mereka daripada kubur tersebut dan segera dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Sementara itu, warganet yang menonton video tersebut mengingatkan orang lain untuk mengambil pengajaran supaya tidak mencabar kuasa ALLAH dengan membuat kandungan seperti itu.

"Memalukan, jangan mempermainkan Islam. ALLAH Maha Berkuasa boleh melakukan apa sahaja," kata Abdur Rehman Khan.

"Ini adalah peringatan untuk mereka, semoga ALLAH membimbing mereka ke jalan yang benar," kata Abdul Saboor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram