[VIDEO] Banduan Russia 'sumbat' badan dalam kotak peti surat, lari dari penjara


  • Benua
  • Selasa, 01 Ogos 2023

Tangkap layar seorang banduan melarikan diri dari sebuah penjara di Blagoveshchensk, Russia.

SEORANG banduan lelaki mempamerkan taktik licik apabila berjaya melarikan diri dari sebuah penjara dekat Blagoveshchensk, Russia baru-baru ini.

Individu berusia 22 tahun itu yang dijatuhkan hukuman atas kesalahan mencuri, dilihat memasukkan badannya ke dalam kotak peti surat penjara terbabit sebelum terus menghilangkan diri.

Tidak diperhatikan mana-mana pihak, pemuda berbaju kemeja dan bertopi hitam itu difahamkan terlepas daripada kawalan pengawal penjara sekali gus berjaya meloloskan diri daripada hukumannya.

Dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV), rakaman berdurasi 28 saat itu hangat diperkatakan di laman Twitter.

Suspek dipercayai masih bebas di luar dan pihak polis giat memburunya.

Warganet menganggap ia berpunca akibat kecuaian pihak penjara.

"Pegawal penjara Rusia sama seperti askarnya juga, tidak cekap dalam menjalankan tugas dan kawalan," kata Russian Propaganda.

"Masuk dalam lubang sekecil itu hanya dalam tempoh lima saat, ia satu perkara menakjubkan yang bukan semua orang boleh lakukan," ujar Rwocal.

"Bijak, tetapi ia tak akan bertahan lama, banduan itu pasti akan tertangkap juga akhirnya nanti," tambah drmarguerite.

"Macam aksi 'mission impossible,' ini memang kelas pertama punya penjenayah di Russia," kata Mark Perry.

Sehingga kini masih belum ada sebarang tangkapan dilaporkan berhubung kes tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram