[VIDEO] Flat Desa Mentari berasap, rumah di tingkat 8 hampir musnah dijilat api


  • 112
  • Ahad, 30 Jul 2023

Tangkap layar video tular memaparkan kepulan asap tebal dari sebuah rumah di tingkat lapan Flat Desa Mentari pada Sabtu.

PENGHUNI di Flat Desa Mentari, Petaling Jaya, Selangor berdepan detik cemas apabila sebuah rumah di tingkat lapan salah sebuah blok pangsapuri berkenaan terbakar pada tengah malam Sabtu.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.35 tengah malam pada Sabtu dan bergegas ke lokasi kejadian.

Berdasarkan satu laporan, Zulfikar berkata, kebakaran melibatkan sebuah rumah di tingkat lapan yang terbakar sebanyak 80 peratus di bahagian bilik.

"Api berjaya dipadamkan pada pukul 1.03 minit pagi dan tiada mangsa terlibat dilaporkan," katanya pada Ahad.

Video insiden tersebut tular pada Sabtu memaparkan kepulan asap tebal keluar dari sebuah rumah di Flat Desa Mentari, Petaling Jaya, Selangor.

Dalam video lain, terdapat beberapa penghuni pangsapuri cuba memadamkan kebakaran dengan menyimbah air dari tingkat atas ke rumah berkenaan. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram