[VIDEO] Anggap macam dah 'mati', komander tampar tentera 'kantoi' mabuk ketika bertugas


  • Benua
  • Ahad, 30 Jul 2023

Tangkap layar video memaparkan komander batolion Rusia (kiri) mencekup anggota tentera dari Chuvashia dipercayai mabuk ketika bertempur di Ukraine.

KETIKA mana perang Rusia-Ukraine masih berlarutan, ada pihak tentera Chuvashia yang menggunakan bahan terlarang dalam tugas mereka di medan tempur.

Tular satu video memaparkan seorang komander batalion kedua Rusia dengan nama samaran (call sign) Zima menangkap dua orang bawahannya yang disyaki bertugas di bawah pengaruh alkohol ketika melakukan misi serangan di Ukraine.

Menerusi video berkenaan, Zima atau nama akhirnya Yegorov Nikolai Mikhailovich turut memaklumkan bahawa dia tidak akan mempertahankan kedua-dua anggota berkenaan dalam peperangan kerana menganggap mereka akan mati juga pada akhirnya.

Zima seolah-olah memberi sindiran yang anggota bawahannya itu bukan mati kerana berperang tetapi kerana kebergantungan terhadap alkohol, lebih-lebih lagi semasa dalam tugas mempertahankan tanah air.

"Saya tidak akan pertahankan kedua-dua lelaki ini. Mereka adalah iblis Chuvash. Nama saya Zima, orang kenal saya.

"Kalau ada apa-apa perkara nak beritahu saya, silakan. Jika awak sentuh keluarga saya, saya akan balas dendam. Tapi kedua-dua lelaki ini akan mati juga akhirnya. Saya pegang kata-kata saya," katanya dalam video berkenaan sambil dilihat menampar tentera Chuvash tersebut.

Media melaporkan pertempuran sedang melanda di bahagian selatan dan timur Ukraine minggu ini, dengan Kyiv, didakwa meningkatkan serangan balas di sesetengah kawasan.

Di selatan Ukraine Tentera Kyiv kekal melakukan serangan di kawasan sekitar bandar Melitopol dan Berdiansk di selatan negara itu, kata pemimpin tentera dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Rusia pula bertindak balas dengan peluru berpandu, roket dan serangan udara yang menyasarkan tentera Ukraine dan kawasan berpenduduk di selatan Ukraine, menurut Kakitangan Am Angkatan Tentera Ukraine. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram