Usahawan tanjak, beg batik antara OKU terima pengiktirafan sebagai Ikon Say Lead Pro 2023


  • Massa
  • Khamis, 27 Jul 2023

Tengku Amir Shah bergambar bersama peserta program Liga Usahawan OKU Malaysia yang hadir di Sunway Hotel Kuala Lumpur pada Rabu.

SERAMAI tiga individu orang kelainan upaya (OKU) dinobatkan sebagai Ikon Usahawan Say Lead Pro 2023 dalam Pusingan Akhir Program Liga Usahawan OKU Malaysia yang berlangsung di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur pada Khamis.

Program tersebut telah dibangunkan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui Selangor Youth Community (SAY) dan disokong oleh Yayasan Hasanah.

Usaha tersebut bertujuan membangunkan usahawan OKU yang berbeza latar belakang di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Negeri Sembilan melalui program keusahawanan yang telah berlangsung selama 18 bulan.

Menurut Pengurus Projek Liga Usahawan OKU Malaysia SAY, Abdul Azim Naim Rahman, program liga usahawan itu bermatlamat untuk meningkatkan tahap sosio ekonomi golongan berkenaan agar dapat menjana pendapatan yang stabil melalui perniagaan.

“Seterusnya kita ingin mewujudkan sebuah komuniti usahawan OKU yang saling membantu serta bermanfaat kepada masyarakat.

Pemenang tempat kedua, Lailatul Mawar berjaya membawa pulang trofi Ikon Usahawan Say Lead Pro 2023 dan geran tambahan perniagaan bernilai RM2,000.

Pemenang tempat kedua, Lailatol Mawar berjaya membawa pulang trofi Ikon Usahawan Say Lead Pro 2023 dan geran tambahan perniagaan bernilai RM2,000.

BACA LAGI: Berkerusi roda bukan halangan OKU ibu anak lima berbisnes tanjak

“Terdapat empat fasa program ini iaitu Unearth The Talent, Commercialisation, Sustainability dan Giving Back to Society.

“Antara teras program ini adalah latihan keusahawanan, penglibatan mentor daripada industri, sesi kaunseling dan penglibatan ahli keluarga,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ujarnya, pada fasa pertama program, seramai 90 usahawan OKU telah dipilih berdasarkan sektor makanan dan minuman, jahitan serta perniagaan dalam talian.

Tambah Abdul Azim, pada fasa itu, peserta diberikan latihan asas berdasarkan sektor mereka dan sejumlah RM90,000 telah diberikan kepada 30 peserta terbaik bagi semua sektor sebagai geran permulaan perniagaan.

“Pada pusingan akhir Liga Usahawan OKU Malaysia pada hari ini (Khamis), seramai 10 usahawan OKU telah membuat pembentangan perniagaan di hadapan Tengku Amir Shah.

WhatsApp Image 2023-07-27 at 18.55.49

Nurzakiah (duduk) antara usahawan OKU yang berjaya memikat hati juri dalam sesi pembentangan perniagaan di hadapan Raja Muda Selangor pada Rabu.

“Pelbagai jenis perniagaan telah dibentangkan antaranya kerepek, minyak wangi, kedai runcit, jahitan baju, beg batik, tanjak, panipuri (bebola berinti kacang kuda atau kentang), sambal hitam belimbing, rendang dan sebagainya.

“Di akhir pembentangan, tiga usahawan telah dipilih memenangi pusingan akhir ini seterusnya dinobatkan sebagai Ikon Usahawan SAY LEAD PRO 2023. Pemenang akan membawa pulang trofi Ikon Usahawan Say Lead Pro 2023 dan geran tambahan perniagaan bernilai RM2,000 seorang,” jelasnya.

Pemenang tempat pertama dimenangi oleh Nor Zaidah Ab Rahman yang menjalankan perniagaan tanjak manakala tempat kedua, Lailatol Mawar Mohd Noh yang merupakan usahawan beg batik.

Seterusnya, tempat ketiga dimenangi oleh Nurzakiah Dzulkifli, yang menjalankan perniagaan minyak wangi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram