SETELAH lapan tahun berlalu, seorang lelaki yang melarikan diri selepas menikam isterinya sampai mati di Lampung Tengah, Indonesia akhirnya berjaya diberkas pihak polis.
Lelaki bernama Rangga Prayoga itu telah ditahan di kediamannya, di Kalimantan Barat.
Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Unit Siasatan Jenayah Polres Lampung Tengah AKP Dwi Atma Yofi Wirabrata pada Rabu.
Rangga ditahan kerana dipercayai membunuh isterinya dengan menikam mangsa pada 2015.
Kejadian itu dilakukan oleh Rangga di hadapan dua anaknya iaitu, Al Rasyid Pandu Pratama, 11, dan Salwa Adzikia Nur Rasyidah.
Tangkap layar video memaparkan keadaan anak-anak kecil yang kehilangan ibu setelah dibunuh oleh bapa mereka sendiri.
Sebelum ini, tular video memaparkan seorang kanak-kanak bernama Rashid yang meluahkan harapan agar bapanya segera ditangkap selepas membunuh ibunya.
“Tragedi tersebut berlaku pada 2015, di hadapan saya. Semasa saya masih kecil, saya meminta bantuan Presiden Jokowi untuk segera menangkap ayah saya. Terima kasih,” kata Rashid. —Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram