
POLIS sedang mengesan seorang lelaki yang bertindak mengetuk pintu sebuah kereta menggunakan topi keledar dalam satu insiden di Jalan Pokok Assam Tambahan, Taiping, Perak yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Taiping Razlam Ab Hamid berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berhubung kejadian itu pada Isnin.
"Kejadian dipercayai berpunca daripada kesalahan lalu lintas yang mana penunggang motosikal tersebut secara tiba-tiba mengetuk kereta mangsa dengan menggunakan topi keledar sambil memarahi mangsa hingga menyebabkan kerosakan pada bahagian pintu kereta,” katanya dalam satu kenyataan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Video berkenaan insiden tersebut yang berdurasi 42 saat tular sebelum itu di media sosial. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram