[VIDEO] Abang bertopi hitam dipercayai polis sekolahkan geng kaki pukul di Kempas


  • Tular
  • Ahad, 28 Mei 2023

Tangkap layar video memaparkan insiden pergaduhan melibatkan sekumpulan individu di Kempas, Johor Bahru, Johor pada Ahad.

TULAR beberapa video pergaduhan memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai berlaku di Kempas, Johor Bahru, Johor pada Ahad.

Video tular yang dirakam oleh orang awam itu dimuat naik semula di laman Twitter @Nan_Manjoi8715 pada hari sama.

Melalui paparan rakaman data yang dikongsikan, kejadian itu berlaku pada pukul 12.05 pagi Ahad.

Menurut maklumat awal yang dikongsikan warga maya, insiden terbabit berlaku melibatkan dua kumpulan berbeza tanpa dinyatakan punca sebenar pergaduhan itu tercetus.

Dalam video tersebut, turut kelihatan seorang individu dipercayai polis memarahi sekumpulan lelaki yang duduk di tepi jalan raya.

Video berdurasi 17 saat itu turut memaparkan seorang lelaki terbaring dalam keadaan lemah selepas dipukul sekumpulan individu di tepi sebuah kenderaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengecam tindakan sekumpulan lelaki berkenaan kerana mengganggu ketenteraman awam.

"Polis kena 'angkut' semua yang terlibat. Buat malu sahaja, ingat ini filem KL Gangster ke. Masuk lokap baru tahu. Sampah masyarakat," kata Devraj Morgan.

"Gaduh tengah malam tadi (Ahad), Kempas, Jalan Cengkerik. Ramai yang terlibat, kecoh satu taman," kata Kok Wee Siong.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan media dikeluarlan oleh pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram