[VIDEO] Tak puas hati, biadab punca lelaki asing naik 3 kereta serang wanita dalam kedai siap bawa kayu hoki


  • Tular
  • Khamis, 20 Jul 2023

Tangkap layar video tular sejak Khamis memaparkan kumpulan lelaki dipercayai warga asing yang berkelakuan seperti gengster sebelum dihalau keluar daripada premis terbabit.

TINDAKAN biadab sekumpulan lelaki dipercayai warga asing yang berkelakuan seperti gengster dengan memasuki sebuah kedai menerima padah selepas mereka dihalau keluar daripada premis tersebut.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di kawasan Prima Saujana, Kajang, Selangor.

Video berdurasi 52 saat mengenai insiden tersebut tular sejak Khamis itu memaparkan kumpulan tersebut yang dilihat datang dengan menaiki tiga kenderaan berasingan ditengking oleh beberapa individu termasuk seorang wanita dipercayai pemilik kedai terbabit.

"Hei kau keluar,kau keluar," jerit wanita terbabit yang berada di hadapan kedai itu.

Kumpulan terbabit kemudiannya beredar selepas mendengar jeritan wanita berkenaan, selain orang awam yang berada di lokasi turut meninggi suara dan akan menghubungi polis untuk segera ke tempat kejadian.

Berdasarkan klip berkenaan, dua lelaki daripada kumpulan berkenaan didapati turut memegang kayu hoki.

Difahamkan, punca kejadian disebabkan perasaan tidak puas hati kumpulan lelaki terbabit sehingga menyebabkan mereka bertindak biadab terhadap wanita berkenaan.

Setakat laporan ini ditulis, masih tiada kenyataan daripada pihak polis berkenaan insiden terbabit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram