[VIDEO] Gengster brutal rupanya 'hati tisu', menangis tersedu-sedan teringat mak ayah ketika dicekup polis


  • Benua
  • Jumaat, 09 Dis 2022

Selain dipukul menggunakan tali pinggang, remaja berkenaan turut dilempar kerusi sehingga pecah ketika dalam tahanan polis Indonesia.

TULAR satu video ringkas di media sosial memaparkan tiga remaja dipukul dan dicederakan pihak berkuasa sambil menangis teresak-esak selepas ditangkap di Indonesia.

Menurut laporan Fin.co.id, ketiga-tiga individu tersebut merupakan ahli kumpulan gengster yang ditangkap selepas melakukan kekecohan dengan menaiki motosikal berkonvoi di Surabaya, Indonesia baru-baru ini.

Hal itu difahamkan kerana mereka tidak berpuas hati dengan pertumbuhan ekonomi yang kurang setara antara daerah di negara tersebut.

Video berdurasi 30 saat itu memaparkan remaja-remaja itu hanya memakai seluar dan tidak mengenakan baju dipukul sehingga menangis oleh seorang anggota polis tidak dikenali.

Selain memukul menggunakan tali pinggang, lelaki yang mengenakan baju berwarna hijau itu turut dilihat membaling kerusi plastik kecil ke arah gangster tersebut.

Sehingga kini, pihak polis Indonesia masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai rakaman tersebut atau nasib kesemua yang terlibat dalam insiden itu.

Terdahulu, kecoh geng berkonvoi bermotosikal yang sering membawa senjata tajam serta menakut-nakutkan orang ramai di sekitar Surabaya sejak minggu lepas. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Polis, Surabaya, Gangster, Remaja, Indonesia, Pukul, Dera