POLIS masih menyiasat kes pergaduhan pelajar di kawasan Pondok Rajeg, daerah Cibinong, Kabupaten Bogor, Indonesia yang pada awalnya bermula dengan perarakan konvoi bermotosikal.
Video konvoi bermotosikal sekumpulan pelajar menjadi tular di media sosial dan rata-ratanya memberi komen bahawa tindakan para remaja itu seperti bercita-cita ingin menjadi gengster.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram @cibinongviral, sekumpulan pelajar berkenaan dilihat berkonvoi motosikal sambil membawa senjata tajam.
Dalam video seterusnya pula menunjukkan para pelajar itu terlibat dalam pergaduhan di sekitar stesen minyak.
Penduduk yang melihatnya hanya mampu menjerit dari jauh sambil merakam aksi pelajar berkenaan menggunakan telefon pintar.
“Bergaduh, depan stesen minyak Kober, Pondok Rajeg,” suara wanita yang merakam video @cibinongviral pada Isnin.
Sementara itu, salah seorang penunggang motosikal bernama Nugraha mendakwa melihat pergaduhan itu ketika dia melewati kawasan kejadian.
"Saya dalam perjalanan pulang ke Pondok Rajeg. Pergaduhan telah berlaku. Sekumpulan pelajar menyerang pelajar lain di stesen minyak," kata Nugraha.
Setakat ini, masih belum diketahui sama ada terdapat mangsa yang cedera dalam pergaduhan itu.
Difahamkan, selepas sekumpulan remaja itu membuat melakukan rusuhan di stesen minyak tersebut, mereka beredar dengan segera.
“Kronologi kejadian masi tidak diketahui kerana apaila tiba di stesen minyak, mereka terus menyerang” katanya.
Dalam pada itu, Unit Siasatan Jenayah Polis Cibinong, AKP Yunli Pangestu berkata, bahawa pihak berkuasa masih tidak dapat memberikan maklumat lanjut berhubung video berkenaan.
Hal ini demikian kerana, pihak polis masih melakukan siasatan di tempat kejadian. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram