DUA lelaki disyaki mencuri motosikal melarikan diri ke bumbung sebuah rumah ketika penduduk mengepung kawasan kampung di Warakas, Tanjung Priok, Jakarta Utara, Indonesia pada Rabu.
Ribuan penduduk juga difahamkan menunggu kedua-dua pencuri terbabit turun dari bumbung kediaman tersebut sambil membaling batu ke arah mereka.
Dalam pada itu, beberapa individu turut kelihatan membawa kayu sebagai senjata untuk memukul pencuri terbabit.
Salah seorang saksi kejadian dikatakan mengekori pencuri itu hingga ke atas bumbung.
"Pencuri itu pada mulanya berada di tepi jalan, kemudian naik ke atas bumbung selepas orang ramai mula mengepung mereka.
"Pada mulanya saya sekeluarga tidak tahu yang kedua-dua individu itu adalah pencuri.
"Cuba memperdayakan kami, mereka kemudiannya berlari dan menyorok di bumbung sekali gus mengakibatkan penduduk mengejar mereka dengan kayu," katanya.
Tidak lama kemudian, kedua-duanya turun menggunakan tangga dan segera diserbu orang ramai yang menanti mereka di bawah.
Pencuri terbabit telah ditahan polis namun belum ada sebarang kenyataan berhubung jenis hukuman yang bakal dijatuhkan kepada mereka setakat ini. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram