[VIDEO] 'Tak kira parti apa, jangan masuk masjid', individu terkilan kena halau pakai baju PN di Senawang


  • 112
  • Rabu, 19 Jul 2023

Tangkap layar video memaparkan sebuah masjid di Senawang, Negeri Sembilan yang dipercayai menghalang beberapa individu disyaki memakai baju logo PN pada Ahad.

GARA-GARA mengenakan baju dengan logo Perikatan Nasional (PN), niat seorang lelaki yang menunaikan solat isyak tergendala apabila didakwa dihalau keluar oleh pihak pengurusan sebuah masjid di Senawang, Negeri Sembilan pada Ahad.

Perkara tersebut tular menerusi satu video di TikTok yang memperdengarkan suara dipercayai milik pihak pengurusan masjid memaklumkan sesiapa yang memakai pakaian yang mempunyai logo daripada mana-mana parti politik akan dihalau daripada kawasan berkenaan.

"Tak kiralah parti apa pun, parti lembu, kerbau, kambing ke, tolong jangan masuk dalam masjid.

"Saya akan halau tuan tegak-tegak dari masjid ini. Saya minta maaf," katanya dalam video tersebut.

Susulan kejadian tersebut, seorang individu tampil membuat laporan polis di Balai Polis Senawang, Seremban, Negeri Sembilan pada Rabu untuk memaklumkan tentang insiden terbabit.

Menerusi laporan itu, individu bernama Nurul melaporkan dia bersama beberapa orang lain yang mengenakan pakaian berlogo PN ingin mengerjakan solat isyak di masjid berkenaan kira-kira pukul 8.45 malam pada Ahad.

WhatsApp Image 2023-07-19 at 11.46.28 PM

Laporan polis berkenaan insiden beberapa individu dihalau daripada sebuah masjid di Senawang pada Ahad kerana memakai baju logo PN.

Katanya, dia kemudiannya seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50 hingga 60 tahun yang menegur pakaian mereka dan tidak membenarkan atau tidak suka kumpulan tersebut memasuki kawasan berkenaan kerana didakwa membawa elemen politik atau ingin berpolitik.

"Individu tersebut kemudiannya menggunakan pembesar suara hingga ke luar (masjid) dan memberi amaran untuk menghalau sesiapa yang berbaju (logo) politik dalam masjid di depan sebahagian anak muda yang memakai baju PN.

"Sebahagian anak muda yang kesal dengan amaran itu keluar dari masjid tanpa solat kerana berasa tidak selesa atau selamat dan solat di tempat lain," kata laporan tersebut.

Dalam itu, pelapor memaklumkan tindakan pihak masjid terbabit sebagai intimidasi dan salah anggap kerana mereka hanya menumpang solat di tempat tersebut kerana menghadiri ceramah politik parti berkenaan berhampiran kawasan itu.

Dia turut memohon pihak polis membuat siasatan dan memberi pelindungan kepada golongan tersebut yang ingin mengerjakan solat di masjid.

Setakat ini, masih belum ada sebarang daripada pihak polis berkenaan insiden tersebut. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram