Sentuh isu 3R, Sanusi didakwa di Mahkamah Selayang pada Selasa


Muhammad Sanusi Md Nor dikhabarkan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang pada Selasa.

SUSULAN dakwaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mempertikaikan kewibawaan Kesultanan Selangor baru-baru ini, beliau dijangka akan dibawa ke Mahkamah Selayang, Selangor pada Selasa.

Menerusi carian laman sistem mahkamah, pendakwaan akan dibuat di dua Mahkamah Sesyen berbeza di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin dan ditetapkan untuk didengar pada pukul 9 pagi.

Terdahulu, dalam ucapannya yang tular, pemimpin PAS itu dikatakan menyentuh mengenai perkenan Sultan Selangor, berkaitan pelantikan Menteri Besar Selangor.

Susulan itu, pelbagai pihak membuat laporan polis termasuk yang menyifatkan menghina institusi beraja di Selangor.

Namun, sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan dibuat Menteri Besar Kedah itu berhubung perkara tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram