[VIDEO] Tiang elektrik tumbang akibat 2 kereta terbabas di Kluang


  • Tular
  • Ahad, 16 Jul 2023

Keadaan tiang elektrik yang tumbang selepas berlaku kemalangan di selekoh bukit di persimpangan Jalan Sawi, Yap Tau Sah, Kluang, Johor.

KEMALANGAN membabitkan dua buah kenderaan mengakibatkan sebatang tiang elektrik tumbang di selekoh bukit di persimpangan Jalan Sawi, Yap Tau Sah, Kluang, Johor.

Kejadian tersebut berjaya dirakam oleh pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan.

Rakaman itu kemudian dikongsikan menerusi laman Telegram Info Semasa Official pada Ahad.

Menerusi video tersebut, kelihatan mangsa kemalangan telah dibantu oleh orang awam.

Namun begitu, masih belum dipastikan tarikh sebenar nahas tersebut berlaku.

Setakat berita ini ditulis, masih tiada sebarang kenyataan media dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Menjengah ke ruangan komen, terdapat beberapa komen yang mendakwa, kebanyakan pengguna jalan raya didapati sering membawa kenderaan secara laju apabila melalui selekoh berkenaan.

"Kadang situ memang kebanyakan suka bawa laju walaupun selekoh," kata Azri Nordin.

"Kadang-kadang tayar sangat memainkan peranan. Tayar biasa makin berusia makin keras bunganya, mudah sliding (tergelincir)," tulis nizam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram