Kabel jatuh dilanggar lembu, 3 beranak maut terkena renjatan elektrik


  • Benua
  • Rabu, 06 Jul 2022

Tiga sekeluarga yang maut selepas terkena renjatan elektrik. — Agensi

PASANGAN suami isteri dan anaknya maut selepas terkena renjatan daripada kabel elektrik yang jatuh ke dalam kolam mandi selepas dilanggar seekor lembu.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang pada Isnin di Kampung Sukadana, Kabupaten Kotabaru, Indonesia.

Ketua kampung Sukadana, Suryaman berkata, mangsa yang terlibat ialah Amiri (suami), Ernawati (isteri) dan anak mereka, Diki Saputra.

"Tragedi tersebut bermula daripada seekor lembu yang telah melanggar satu tiang elektrik hingga mengakibatkan satu daripada kabel terputus dan jatuh ke dalam kolam mandi.

"Mangsa (suami) kemudian telah pergi ke kawasan tersebut untuk melakukan pemeriksaan dan terus terkena renjatan elektrik.

"Isteri dan anak yang cuba membantu kemudian turut terkena renjatan elektrik," katanya.

Menurut Suryaman, lembu yang turut mati terkena renjatan elektrik itu adalah milik orang lain yang dijaga oleh pasangan suami isteri tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram