Sanusi terus diserang isu banglo, pekerja 'offshore' kongsi gaji diterima penyelam dasar laut


  • Politik
  • Khamis, 13 Jul 2023

Muhammad Sanusi terpalit dengan tuduhan pada minggu ini yang mengaitkan beliau dengan pemilikan terhadap sebuah banglo mewah di Sik.

MENTERI Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor terus menjadi susuk perhatian orang ramai selepas bermulanya tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan pada Ogos depan

Perkara itu sememangnya tidak mengejutkan memandangkan beliau merupakan Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), iaitu gabungan utama blok pembangkang yang dijangka bakal memberikan saingan kepada parti kerajaan.

Bagaimanapun, selain mengeluarkan kenyataaan pedas yang menyerang pihak lawan, Muhammad Sanusi sendiri turut menjadi sasaran dalam peperangan sentimen yang dimainkan sepanjang tempoh berkempen.

Antara tuduhan terbaharu diterimanya pada minggu ini adalah dakwaan yang tular di media sosial megenai kewujudan sebuah banglo di Sik, Kedah bernilai jutaan ringgit yang cuba dikaitkan dengan beliau.

Turut tersebar dalam dakwaan yang dibuat di Facebook itu adalah gambar kediaman mewah tersebut dan kedudukannya melalui di dalam peta melalui aplikasi Google Maps.

Susulan daripada itu, Muhammad Sanusi dalam kenyataan pada Rabu tampil segera menafikan bahawa banglo yang dimaksudkannya itu merupakan miliknya.

PUTRAJAYA, 7 Dis -- Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil pada sidang media selepas Mesyuarat Pasca Kabinet di kementerian itu hari ini.Fahmi Fadzil memaklumkan nama kementerian diterajuinya kini dikenali Kementerian Komunikasi dan Digital.--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARAPUTRAJAYA, Dec 7 -- Communications and Digital Minister Fahmi Fadzil at a press conference after the post-cabinet meeting here today.Fahmi Fadzil announced that his ministry is now known as Communications and Digital Ministry.--fotoBERNAMA (2022) COPYRIGHT RESERVED

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil. — Bernama

Sebaliknya, beliau menjelaskan bahawa kediaman mewah itu merupakan milik abangnya yang dikenali sebagai 'Budin' yang bekerja selama puluhan tahun sebagai penyelam dasar laut dalam bidang luar pesisir atau offshore.

Namun, penjelasan diberikan Muhammad Sanusi itu ternyata tidak menghentikan pihak lawan untuk terus menggunakan isu tersebut bagi menyerangnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeneri.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil dalam ceramahnya pada Rabu membangkitkan persoalan mengenai pemilikan banglo tersebut dan turut dilihat seakan-akan mempertikaikan penjelasan diberikan pemimpin PAS itu.

Malah beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Digital itu turut menyatakan pihaknya tiada halangan sekiranya pihak berkuasa mahu menyiasat perkara tersebut.

Dalam pada itu, mengulas mengenai isu tersebut, seorang pengguna Facebook dipercayai merupakan pekerja offshore tampil berkongsikan mengenai kadar gaji diterima mereka yang bekerja dalam bidang tersebut.

"Ini bidang saya... penyelam ada dua kategori iaitu Scuba Diver dan Commercial Diver. Commercial Diver terbahagi kepada dua iaitu Air Diver dan Saturation (SAT) Diver.

"Gaji Air Diver adalah antara RM800 hingga RM1,000 untuk sehari. Air Diving Supervisor pula adalah sekitar RM3,000 hingga RM4,000 untuk sehari," ujarnya yang menggunakan nama Ahmad Thaari Abdul Rahim di hantaran Facebooknya.

Untuk jawatan SAT Diving Supervisor pula, dia berkata, gaji yang diterima adalah antara RM5,000 hingga RM7,000 sehari.

Sehubungan itu, dia yang mendakwa pernah bekerja bersama abang kepada Muhammad Sanusi berkata, adalah tidak pelik sekiranya seseorang yang bekerja dalam bidang tersebut dan memilliki jawatan tinggi untuk memiliki kediaman banglo.

"Shabudin (Abang Din) berjawatan Air Diving Supervisor dan Diving Superintendent. Dia nak bina banglo lagi besar daripada itu pun boleh.

"Biasa jadi Subcoordinate saya masa projek di luar dan dalam negara. Kita patut berbangga kepada Abang Din kerana boleh kira dengan jari anak Melayu atau Malaysia yang ada kelayakan macam beliau.

"Jadi saya nasihatkan jadilah orang politik yang matang dan penuh fakta," tulisnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram