[VIDEO] Kebal telinga, 3 individu penting pernah 'sekolahkan' MB Kedah


  • Politik
  • Isnin, 10 Jul 2023

Dalam banyak-banyak kecaman yang diterima Muhammad Sanusi, kritikan pedas daripada ahli politik dan golongan bangsawan semestinya menjadi titik perhatian rakyat negara ini.

NAMA Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sudah tidak asing lagi dalam dunia politik dan bola sepak tanah air.

Meskipun dihujani dengan kecaman yang tidak kira datang daripada rakyat jelata mahupun orang kenamaan, Menteri Besar Kedah itu dilihat seolah-olah ‘telinga kuali’ apabila hanya memekakkan telinga dan tidak mengendahkan perkara tersebut.

Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) merangkap Pengerusi PN Kedah itu dilihat tidak mudah ‘koyak’, apabila ada penyokong bola sepak cuba membahannya menerusi karya satira.

Dalam banyak-banyak kecaman yang diterima Muhammad Sanusi, kritikan pedas daripada ahli politik dan golongan bangsawan semestinya menjadi titik perhatian rakyat negara ini.

Berikut merupakan tiga individu ternama yang pernah ‘sekolahkan’ beliau:

1. Datuk Seri Anwar Ibrahim

BANGI, 7 Julai -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika hadir pada Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Selangor di Laman Niaga Bandar Baru Bangi malam ini.-- fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Anwar berkata, setiap pemimpin perlu menghormati perjanjian Perlembagaan yang telah diperkenan oleh semua Raja-Raja Melayu termasuk Sultan Kedah dalam isu tersebut. — Bernama

Mei lalu, Perdana Menteri tampil ‘sekolahkan’ Muhammad Sanusi apabila Menteri Besar Kedah itu mendakwa bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah.

Anwar menyatakan bahawa sebagai Ketua Menteri, Muhammad Sanusi harus terikat dengan aspek perundangan dan mempunyai pemahaman yang baik tentang Perlembagaan.

"Kadang-kadang bila seorang pemimpin berucap dia kena faham Perlembagaan, dia kena faham perjanjian.

"Walaupun ada perjanjian 300 tahun dulu, 1,000 tahun dulu, dia ada perjanjian terakhir penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan itu jelas.

"Nak ucap dari segi sandiwara politik itu soal lain tetapi sebagai seorang Menteri Besar, saya fikir wajar terikat dengan perundangan," katanya.

Tambah Anwar, setiap pemimpin perlu menghormati perjanjian Perlembagaan yang telah diperkenan oleh semua Raja-Raja Melayu termasuk Sultan Kedah dalam isu tersebut.

2. Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ)

Perang mulut  antara TMJ dan Sanusi di media sosial pada tahun lalu. — Facebook

Perang mulut antara TMJ dan Sanusi di media sosial pada tahun lalu. — Facebook

Perkara ini bermula apabila TMJ membangkitkan isu tunggakan gaji membabitkan pasukan Kedah yang dilaporkan sudah tertunggak selama dua bulan.

Tunku Ismail menempelak pengurusan KDA yang didakwa tidak serius menguruskan kebajikan pemain setelah tunggakan itu diselesaikan apabila hendak berdepan JDT sahaja.

“Bila nak lawan JDT sahaja ke baru nak bayar gaji? Sampai bila nak perangai macam ni? Kepala pistol,” tulis Tunku Ismail dalam satu hantaran.

Perkara ini berlaku ketika pertemuan suku akhir Piala Malaysia 2021 antara Kedah Darul Aman FC dengan JDT.

Johor Darul Ta’zim (JDT) owner Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim said at the present moment, he was grateful and satisfied with the Southern Tigers achievement in 2020 after winning their seventh Malaysian Super League title in a row as well as the Charity Shield. — NUR AISYAH MAZALAN/The Star

TMJ merupakan figura yang lantang menegur Sanusi di media sosial.

Selepas isu campur tangan TMJ tentang tunggakan gaji pasukan Kedah, Tunku Ismail mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Kedah dengan mengingatkannya supaya menjaga kebajikan pemain dan rakyat.

“Salam Datuk. Gaji dah bayar? Bagus. Kebajikan pemain atau rakyat harus kita jaga. ‘Well done‘, jaga diri dan jaga kesihatan. Kalau nak diet call, saya ajar,” kata Tunku Ismail di laman sosial.

Selain itu, menerusi hantaran Instagram Story TMJ tahun lalu, beliau kembali melontarkan kritikan apabila menegaskan pasukan hebat seperti Kedah tidak memerlukan individu seperti Sanusi kerana Menteri Besar Kedah itu tidak mempunyai sebarang sumbangan terhadap bola sepak tanah air.

“Sampai dua legenda pasukan sendiri pun angkat kaki tak tahan dengan perangai halusinasi. Pasukan hebat seperti Kedah tak perlukan orang macam ini.

“Satu sumbangan terhadap bola sepak tanah air pun tiada. Tapi dia punya sembang,” tulis TMJ.

3. Datuk Seri Amirudin Shari

SHAH ALAM, 24 Jun -- Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Selangor yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Amirudin Shari berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam hari ini.--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Amirudin Shari tidak berpuas hati apabila Sanusi dilapor mendakwa kemajuan yang dikecapi Selangor bukanlah kerana kejayaan pemerintahan PH. — Bernama

Ahad lalu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari membalas kenyataan Muhammad Sanusi dengan sindiran pedas.

Perasaan tidak puas hati itu tercetus apabila Muhammad Sanusi dilapor mendakwa kemajuan yang dikecapi Selangor bukanlah kerana kejayaan pemerintahan Pakatan Harapan (PH), sebaliknya hanya sekadar menumpang tuah dan kepesatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Biar saya tunjuk kamu cara untuk memajukan Kedah," katanya.

Katanya, Kedah juga terletak bersebelahan dengan Pulau Pinang.

“Menteri Besar Kedah tidak melihat cermin. Pulau Pinang hanya bersebelahan...dia tidak sepatutnya berfikiran begitu.

“Kuala Lumpur sebelum ini adalah sebahagian daripada Selangor,” katanya.

Amirudin menambah, Pulau Pinang berkembang dengan pelaburan besar dan juga menjadi salah satu penyumbang terbesar kepada ekonomi negara.

“Namun Kedah ketinggalan. Sepatutnya dia (Muhammad Sanusi) menyoal dirinya dahulu sebelum melihat ke tempat lain. 'Matanya besar' tetapi dia tidak berjaya melihat isu-isu yang perlu diselesaikan di tempatnya.

“Jangan risau, saya akan ke Kedah minggu depan dan akan terangkan kepadanya cara menjadikan Kedah seperti Selangor,” ujarnya. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram