[INTERAKTIF] Fakta penting kerusi DUN dipertandingkan dalam PRN 6 negeri


  • Politik
  • Rabu, 12 Jul 2023

Dianggarkan kira-kira seramai 10 juta pengundi yang berusia 18 tahun dan ke atas dan layak mengundi bakal menjalankan tanggungjawab mereka untuk memilih ADUN masing-masing dalam PRN di enam negeri yang dijalankan pada 12 Ogos depan. — Gambar hiasan

ENAM negeri di Semenanjung Malaysia bakal melangsungkan Pilhan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan untuk memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) masing-masing.

Secara keseluruhannya, terdapat sebanyak 245 kerusi bakal dipertandingkan di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan.

Jabatan Perangkaan menganggarkan setakat 2022, keenam-enam negeri itu mempunyai populasi lebih daripada 15 juta, dengan kira-kira 10 juta daripadanya berumur 18 tahun dan ke atas, iaitu umur yang melayakkan mereka mengundi.

Dengan PRN akan diadakan tidak lama lagi, berikut beberapa fakta penting tentang setiap kerusi DUN – daripada kawasan pilihan raya terbesar kepada yang terkecil dan termasuk ciri demografi serta sosial kawasan berkenaan.

Papan pemuka interaktif yang disediakan ini turut membolehkan anda untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang kerusi di negeri tempat anda bakal mengundi.

Perspektif daripada segi saiz

Dari segi keluasan tanah, kerusi DUN Pengkalan Kota, Pulau Pinang yang hanya berkeluasan 1 km persegi, merupakan yang terkecil daripada semua kerusi pada pilihan raya akan datang.

Yang terbesar pula ialah Telemung di Terengganu iaitu 3,246 km persegi.

Berikut merupakan perbandingan keluasan antara semua kerusi DUN bakal dipertandingkan:

Komposisi etnik

Berikut merupakan komposisi etnik utama di dalam negara di kesemua 245 kerusi yang dipertandingkan:

Semak kawasan pilihan raya anda

Taip nama mana-mana kerusi parlimen di enam negeri terbabit untuk melihat butiran lanjut mengenai kerusi DUN yang terletak di bawah kawasan tersebut:

The Star/ Razak Ahmad, Diyana Pfordten dan Koh Wyhow

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram