[VIDEO] Makcik ‘terlupa’ bayar, cuba-cuba gelang emas terus ‘blah’ tinggalkan Kuantan Parade


  • Tular
  • Ahad, 09 Jul 2023

Tangkap layar memaparkan seorang makcik dipercayai mencuri gelang kaki di sebuah gerai menjual barang kemas di Kuantan Parade, Kuantan, Pahang pada Sabtu.

SEORANG wanita pertengahan umur yang dipercayai mencuri seutas gelang emas kaki di Kuantan Parade, Kuantan, Pahang pada Sabtu diminta tampil untuk memulangkan semula barang kemas tersebut.

Kejadian tersebut dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) kira-kira pukul 10.40 pagi pada Sabtu di sebuah gerai menjual barang kemas di pusat beli-belah berkenaan.

Rakaman video terbabit memaparkan seorang wanita datang ke gerai tersebut untuk melihat barang kemas yang dijual sebelum mengambil seutas gelang kaki.

Makcik terbabit yang tidak menyedari gelagatnya dirakam CCTV juga dipercayai belum membuat sebarang pembayaran sebelum beredar, selain sempat memandang ke kiri dan kanan bagi memastikan tindakannya tidak disedari sesiapa.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook Cik AKma memohon agar wanita berkenaan segera memulangkan gelang kaki dipercayai emas salut sebelum pihaknya membuat laporan polis pada petang Ahad.

"Alahai, mencuri emas tiruan untuk apa? Nak tunjuk pada orang lain kau tu mampu (pakai barang kemas) ke?

"Tak payahlah nak bersaing dengan orang. Cukuplah duit kau tu buat beli makanan supaya tidak kebulur. Jangan gara-gara seutas gelang itu kau nak masuk penjara," katanya dalam satu hantaran pada Ahad.

Belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung insiden itu setakat ini. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram