KASIHNYA seorang bapa terhadap anaknya walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tapi dapat dirasai dengan hati.
Tular kisah ayah yang tinggal di Kampung Landur dalam daerah Empat Lawang, Sumatera Selatan, Indonesia sanggup berjalan kaki sejauh 10 kilometer (km) sambil mengendong anaknya yang sakit untuk dirawat di hospital di bandar.
Lelaki itu, Martadinata berkata, dia yang ketika itu bermalam di kebun kopi nekad membawa anaknya, Meilani Tari Algani ke hospital di bandar selepas kanak-kanak tersebut mula muntah-muntah.
Katanya, jarak dari lokasi ke hospital berkenaan memakan masa selama sejam jika berjalan kaki.
"Pada malam itu, anak saya terbangun tidur kira-kira pukul 12 tengah malam dan meminta untuk minum sebelum ingin buang air besar. Setelah itu, dia sempat tidur semula sebelum mengadu sakit perut.
"Selepas ibunya memberikannya ubat, anak saya mula muntah. Awalnya kami tidak panik, namun selepas dia muntah kali kedua, kami segera membawa ke dusun," katanya ketika ditemui wartawan selepas tahlil hari ketiga Meilani Tari Algani di rumahnya di Empat Lawang, Sumatera Selatan, Indonesia pada Selasa.
Dalam itu, Martadinata dan isterinya bergerak dari lokasi ke hospital tersebut pada pukul 1 pagi berbekalkan lampu suluh merentasi kebun berbukit pada malam yang gelap gelita.
Walaupun tidak dinafikan agak takut untuk berjalan kaki pada waktu tersebut kerana berisiko bertemu binatang buas, pasangan tersebut menguatkan semangat demi membawa anak mereka ke hospital.
Namun nyawa anak keduanya itu tidak panjang kerana Meilani meninggal dunia dalam dakapan ayahnya ketika dalam perjalanan.
Bagaimana Martadinata memaklumkan, dia dan isteri tetap meneruskan perjalanan ke hospital terdekat.
"Setelah sampai di jalan besar atau desa terdekat Kampung Gunung Meraksa Lama, saya berjumpa dengan polis yang kebetulan meronda kawasan tersebut dan meminta mereka menghantar kami pulang ke Kampung Landur," katanya.
Meilani dikebumikan pada Ahad lalu di tanah perkuburan Desa Landur. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram